Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, April 6, 2011

Sup Ayam Simple Tapi Sedap!

Memang mudah nak menyediakan sup ayam kan?
Kalau guna sayap ayam tu,potong 4 aje...paling kejap nak masak..selain sayap,peha ayam pun best buat sup..bahagian lain bukan tak boleh,tapi kalau aku,biasa guna 2 bahagian ni je..hehe..
Untuk yang diet2 tu,menu nih memang sesuai lah..*sambil betulkan jam tangan yang dah semakin longgar..ahahak..ada yang jeles tu.. :P

Sup Ayam Simple
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

* 8 ketul sayap ayam-potong 4 setiap satu
* 1-2 biji kentang,kupas n potong 4-6 bahagian(bgantung saiz kentang) (kali nih x letak)
* 2 inci halia*
* 3-4 ulas bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 1 peket sup bunjut adabi (kalau takde,gantikan dgn sebatang kayu manis saiz sederhana)
* Garam dan perasa(jika suka) secukupnya
* 2 tbs besar minyak masak untuk menumis
* Air secukupnya
* LAIN2: Bawang goreng,daun sup,daun bawang

Cara2:

1. Tumbuk bahan2 bertanda *,rendam sup bunjut dalam air yg disediakan untuk kuah sup.
2. Panaskan minyak,tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit kekuningan...kacau sedikit supaya sekata masaknya
3. Masukkan sayap ayam yg sudah dipotong sekaligus dengan kentang..kacau sebati,perlahankan api
4. Biarkan ayam 'layu' seketika dan jusnya keluar dan agak kering.
5. Setelah itu kacau sebentar dan bila jus ayam kering,masukkan air berserta bunjut yg direndam sekali tadi
6. Kacau sedikit,tambah sedikit garam dan tutup periuk
7. Masak menggunakan api perlahan sehingga ayam dan kentang benar2 empuk.
8. Apabila sudah empuk,tambahkan garam secukupnya,air secukupnya dan sebatikan rasa
9. Biarkan mendidih sebentar dan padamkan api.
10. Hidangkan bersama bawang goreng,daun sup dan daun bawang yang diracik halus..

Untuk resepi sama,sila2 laa rujuk SINI

Best jer hirup sup ayam panas2 suam nih..kalau nak terangkat lagi leh laa makan ngan sambal kicap,atau yang suka masam2 pedas tu leh lenyek cili api dan perahkan limau..hermm,wallahhh!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Komen Di Sini:

Kak Sam said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Ada lagi tak. Kalau ada simpan semangkuk yea. Sat lagi saya sampai.

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sup, tupang hirup kuah je lah, ayam tu tak nk lah, goreng telur dadar mayo sebiji utk akk.

sedap sue menu diet, baik utk kesihatan ni....emmm bestnya jam dh mkin longgar tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

sup mmg sedap.. anak2 pun suka sup..

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Sue.. kak Naz pun selalu buat sup cam ni jer.. Mudah tp sedap.. Sup2 ni mmg menu yg selalu buat kat umah akak..

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

wah..diam2 ko pegi tangkap dan masak sup ayam ye

cik cek said... [Reply to comment]

Alahai!....Kak Cek tak leh tgk sup2 ni....terkechur...terliur...perut pun jadi lapo....Sue....kak cek nak sikit suppppp....

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Ehem2 betoi ka jam dah longgar nih..Meh nak tumpang hirup sup ckit,,Kepak ayam lebih ya..ngee..

izahdaut said... [Reply to comment]

nak baling batu tepi tasik gak ah.... *tak puas hati..

Yat Maria said... [Reply to comment]

Sue..

sihhh memang nampak sedap sgt this kind of sup ayam...cicah ngan roti pon sedap...hirup2 jer pun ok gak la :)

Ziey said... [Reply to comment]

menu diet gtu,,sama kita ziey pun suka cari menu diet hehehe..sup ayam ni mmg sedap..simple pun ttp sedap..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to comment]

menu diet tapi kalu mkn satu mangkuk besar, tak jadi jugak dietnya... hahaha

keklapisdq said... [Reply to comment]

sedap ny akak.. dh teringin nk mkn sup plak... :)

Sueozana said... [Reply to comment]

Mmmmmmm....yum,yum, sedap! Mkn ngan roti best!

tun_telani said... [Reply to comment]

ehh ehh.. nape x paham lak bab betul2kan jam tangan tuh??

tun biasa guna rempah kasar. pasni nk try sup adabi tuh.

Fauziah Samad said... [Reply to comment]

salam Ha Sue. boleh pick up your award dari blog kjee. http://dapurkakjee.blogspot.com

niey_muhaini said... [Reply to comment]

tgk sup ayam ni tetiba je perut rasa lapar..tak blh jadi ni..;)

Daniera said... [Reply to comment]

Nyum2, memang confirm sedap ni kak. Selalu wat pun gune cara ni layankan ngan sambal kicap. Tengah2 malam pun jadik hirup. :)

Bee said... [Reply to comment]

Hasue, simple pun nampak sedap tuh..bestnya dpt hirup sup ayam suam2!!!

Mas said... [Reply to comment]

sue..sup ayam gini..peberet anak2 aku...
meh semangkuk..malas betoi aku nak masak ari ni...

aizura said... [Reply to comment]

sedapnyer dapat hirup sup panas2 eh suam2 la panas kang melecur plak.. hehehe... lgik2 tgh kesejukan kat opis ni hah...

rulien said... [Reply to comment]

Dh try banyaaaaaaaaaaaaaak kali...ringkas tapi mabeles

Unknown said... [Reply to comment]

Nak buat hari ni..! Yeayy dah ada menu

Unknown said... [Reply to comment]

Baru je kenyang makan sup resepi ni...sedapppp...tq.. (^_^)

hayati suki said... [Reply to comment]

sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...