Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, October 11, 2009

Kek Lapis Bumi..lagi?! :P

Malam semalam buat nih..dah lama nak buatkan untuk banglong sebab dia tak puas makan masa raya hari tu..
Sebenarnya ada satu lagi kek lapis nak buat atas request cik abang..tapi sebab yang nih dulu direquest..kena laa didahulukan..huhu
Cumanya kali nih malas sikit nak melapis..tengok laa lapisan tak seimbang sebab main letak jer ikut suka..heee...
Lagi satu gara2 nak abiskan stok tepung tu,letak jer semua sekali..mungkin ada laa dalam 2,3 sudu.. Namun gitu tak laa menjejaskan kek nih..
Masih sedap..cuma kurang moist sikittt jer banding sebelum ni..tapi tetap lembut gitu..perisa nescafe..aroma smerbak jer..

Meh laa tengok gambar nih yer..ok pulak kamera tuh semalam..huhu.kalo silau2,pakai spek laa ek :P

Nih nak bagi laporan khas untuk Kak Rosaliza yang dah membuat kek nih sndiri..dah 2 kali pun.
Nak bagi rasa,jauh...kalo tak leh tuka2 loyang.hihi..
Bila dia buat kek nih beberapa hari lepas ,tuh jadi smangat jer nak buat gak..hehee
Bagi yg belum kenal,Kak Rosaliza nih pngunjung setia blog ni..pagi2 dah nampak dia kat sini...sukee!thanks kak :)

Resepi nih dah berapa kali letak pun..
Tapi kadang2 bagi link jer cam tak best jek kan...lagi2 kalo server slow cam aku nehh..
Nak jer tengok resepi tang gamba tuh gak..heee

Bahan2 (8" x 8")
  • 450g Mentega (sy guna golden churn)
  • 1 Gelas / 180g gula halus
  • 2 / 220g Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
  • 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
  • 3/4(dalam 6 sudu mkn) Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
  5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
yg nampak purple kat belakang tuh, bunga daaa..tak terinterprem laks..hee
Mulanya nak tukar warna hijau dan kuning kepada warna lain...tapi dah pernah buat sekali dulu(sebelum terjun dunia blogging)...
Tapi Banglong kata,'tak macam kek lapis bumi punn..'
Walaupun rasa tuh tak ada bezanya...tapi nampak gaya,warna pun dah jadi trademark kek nih laa pula bagi dia..hehe

P/s: Lepas ni nak tengok kek kak Lina_pg lak,buleh kak?hehe :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Komen Di Sini:

Floral Cakes said... [Reply to comment]

salam
eh!! kacak bah lapis macam ya, kek lapis yg simple tapi menarik.Suka nangga..!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

sedapnya...sebelum ni saya dah pernah tengok...dan menyimpan niat nak cuba buat...insyaallah hari selasa ni nak buat...harap2 menjadilah.kek lapis tembikai saya dh cuba 1/2 adunan..memang sedap.nnti saya letak kt blog...

p/s..ada tak alatan supaya melapis jadi lebih senang.

Daniera said... [Reply to comment]

sedap nih. ira penah try wt da, resepi sama cm akaknyer. adehhh...terasa lak kat tekak. :)

Maiyah said... [Reply to comment]

mmg sdp kek nih

HaSue said... [Reply to comment]

Kak surisarawak > wkumsalam...kamek baruk berapa kali jak molah nok bercorak2 yaa..mun pakey makan kedirik tok sik kuasa rasa nak molah..ya la keluar kek simple2 jak tok..hehee

Kak ima > insyaallah menjadik n sdap kak..selamat mencuba ya..x sbr nak tgk :) kk lapis tmbikai akak sue dah tgk pun..memang cantik..

alatan macammana maksud akak ni eh?tak paham lak kak..hee

Daniera > terasa kat tekak jer ke?kan iera rajin..gi la buat..hehe

Kak maiyah > btul2x.. :)

Eliza said... [Reply to comment]

dah terai. sedaplah hasue..thanks..sesenang nnt singgah umah akak yer..

HaSue said... [Reply to comment]

kak Eliza: Thanks kak..dah tengok kek akak..terima kasih ye,hrp akak sekeluarga suka pada rasanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...