Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, December 12, 2009

Sup Sayap Ayam

Selain digoreng, aku suka wat sayap ayam nih sebagai sup..
Bahagian lain bukan tak suka,suka gak..cuma bahagian sayap nih senang segala2nya..dari nak potong nak membersihkan dan sebagainya..ehehe
Pastu kalau ada sayap ayam yang ada bulu2 halus tu,HARUS di salai kat atas api sekejap nak hapuskan bulu2 halus tu..

Kalau sup ayam atau sup apa2 laa..aku suke kaler sup yg kelabu2 nie..
Di musim2 demam ni memang sesuai dihirup sedap jer ke tekak...
Stail masak nih simple jek..rasa dah share sebelum nih tapi memandangkan aku ngah rajin,aku taip jelah sesimplenya ya..mana tau ader yg nak try kan...
Adik2 kakak2 yg tak pernah masak sup sayap ayam leh cuba pasnih ek.ehehe

Bahan2:
  • 8 ketul sayap ayam-potong 4 setiap satu
  • 1-2 biji kentang,kupas n potong 4-6 bahagian(bgantung saiz kentang)
  • 2 inci halia*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 peket sup bunjut adabi (kalau takde,gantikan dgn sebatang kayu manis saiz sederhana)
  • Garam dan perasa(jika suka) secukupnya
  • 2 tbs besar minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • LAIN2: Bawang goreng,daun sup,daun bawang
Cara2:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda *,rendam sup bunjut dalam air yg disediakan untuk kuah sup.
  2. Panaskan minyak,tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit kekuningan...kacau sedikit supaya sekata masaknya
  3. Masukkan sayap ayam yg sudah dipotong sekaligus dengan kentang..kacau sebati,perlahankan api
  4. Biarkan ayam 'layu' seketika dan jusnya keluar dan agak kering.
  5. Setelah itu kacau sebentar dan bila jus ayam kering,masukkan air berserta bunjut yg direndam sekali tadi
  6. Kacau sedikit,tambah sedikit garam dan tutup periuk
  7. Masak menggunakan api perlahan sehingga ayam dan kentang benar2 empuk.
  8. Apabila sudah empuk,tambahkan garam secukupnya,air secukupnya dan sebatikan rasa
  9. Biarkan mendidih sebentar dan padamkan api.
  10. Hidangkan bersama bawang goreng,daun sup dan daun bawang yang diracik halus..
Tau tak lepas amik gambar nih baru aku sedar bawang goreng lom letak lagi, daun bawang lak kehabisan stok..hehe

Juga enak dimakan ngan sambal kicap.. Buat student2 ke, yg rasa nak makan sup cara cepat leh la masak sendiri ek..sayap ayam kan lebih cepat masak berbanding the other part of chicken..hik!Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

salam sue..patut la nk tuka pinggan ngan akak, rupanya sup kepak ayam, tp akak tak boleh mkn kepak ayam sue, kalo kepak kat umah ni tak smpat org lain amik semua di boking oleh ika

Anonymous said... [Reply to comment]

wah!! sedapnya hirup kuah sup tu...baklah sini semangkuk,hehehe

kalau kat umah ni kepak ayam selalunya digoreng aje...

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza > wkumsalam kak...oh yeke?lepas nih leh laa maasak utk ika sorg jek..hehe..tapi mesti dia suka kepak goreng ek kak

kak ima > tuh la kak,selalu kepak ayam kena goreng jer..kalo buat sup nih pun sedap sebenarnya sebab isi kat kepak nih manis gitu.. :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam kak ha-sue,
sup kepak ayam kite suke jugak...sue gigit tulang dia.heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...