Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, May 8, 2009

Sticky Caramel Chicken Wings

Salam Hari Jumaat..
Selamat Hari Ibu buat ibu2 yg menjadi pengunjung blog yg baru bangkit ini..
Semoga kita menjadi ibu yang sesempurna mungkin di mata anak2..dan suami..(yer laa,kang x pasal2 suami cari ibu baru untuk anak2 kan..heee)
Oleh itu,bagi ibu2 yang tak tahu memasak..marilah kita sama2 belajar memasak..
Masakan dari air tangan ibu amat berharga sekali walaupun kadang2 tak sedap mana pun..
Adik2 yang baru nak kahwin tuh pun elok beno laa main ngan bawang2 kat dapo tuh..hehee

Jom semak menu hari ni..
Bunyi tajuk masakan tuh kemain lagi eh..mcm susah beno nak buat!
Sebenarnya nak memasaknya senang lah sangat..
Orang yang baru pernah tengok bawang putih pun boleh buat..
Jadi sesiapa belum try resepi mutiarazura nih meh laa try yer..

Cuma aku tukar ler sos ikan guna sos tiram sebab sos tiram lebih sedap dari sos ikan(bagi aku).Lagipun warna ayam tuh pun lebih mengancammm..diet!heheee..

Rasa ayam nih takyah explain laa kan...rupa pun dah dapat bayangkan rasanya..
Macam ayam bbQ gitu...memang lazatt..

C n P jer dari myR..thanks to mutiarazura

Bahan-bahan ( 24 keping )

* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan-aku ganti sos tiram,lg sodapp..:P
* 1 sudu besar kicap
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings,
kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-
sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned
(bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken.

Makan ayam nih takde nasik pun takpe...
Memang menyelerakan dan boleh buat makan tak sedar diri..heheee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

adie said... [Reply to comment]

adeh! menyesal masuk blog ni taim lapar. ade delivery tak? hehe

HaSue said... [Reply to comment]

hehe..penyu kan tau berenang..nak delivery membazir minyak jekk..huhuu :p

umi_e said... [Reply to comment]

b4 suka buat ayam ni tau... sekarang kak e ala-ala pencen dari memasak so tengok2 je ler apa yang orang lain buat ;)

HaSue said... [Reply to comment]

umi_e:hehee...dah puas bergelumang ngan periuk belanga ek kak e?best gak jenjalann tgk mskn org kn..kak e dah pngalaman menggunung tuu.. :)

Nur Faziha said... [Reply to comment]

adoyaiii... perut mmg lah tgh lapau nie.. huhuh.. nak tanya.. ayam tu biasa masak bape lama? api kecik lah ek..?

HaSue said... [Reply to comment]

Nur Faziha > ayam bahagian sayap nih senang nak masak dan rasanya tak sampai 15min pun dah masak..guna api sederhana pun takpe sebab sentiasa dikacau so ia tak hangus.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...