Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, May 3, 2009

Udang Galah Masak Lemak Simple

Haaa...Nih laa lauk lunch tadi..
Baru laa ni berkesempatan nak n3..
Tekak kampung nih meronta2 minta disuapkan dengan masakan udang begini..
Tergendala pulak nak wat sambal udang bakar..
Dengan diet2 sekali tergendala sebab sedap jer hirup kuah tuh..tp dah kurangkan sukatan lemak..nak guna susu sejat rasa macam masak lemak tiruan sikit..lenkali bleh laa tuka eh..hehee


Resepi Simple ajer..malas nak rumit2..janji sodappp(puji sendirik nampak?)hehe

Bahan2:
700g Udang Galah
2 Cili merah+2 cili padi(banyak nih letak ikut suka)
3 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang putih
100ml Santan Pekat-guna santan kotak aje
Kacang panjang-potong 3inch gitu la..agak2)
Kacang bendi-Cuci bersih tak perlu potong)-nih dah kehabisan stok laa pulak
Asam Gelugor
Perasa-garam,perisa(jika mahu) dan gula
Air secukupnya

Cara:
  1. Bersihkan udang dan buang kekotorannya potong hujung kepala
  2. Cili,Bawang merah dan ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bahan kering
  3. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan no 2 yg sudah dikisar tadi sehingga naik bau
  4. Masukkan udang dan kacau sebati,masukkan asam gelugor..kacau lagi
  5. Masukkan air sehingga sama paras udang tersebut,barulah masukkan santan tadi
  6. Masukkan pula semua bahan perasa,garam dan kengkawannya
  7. Last sekali masukkan sayur kacang panjang dan bendi
  8. Didihkan seketika(jangan sampai pecah minyak) dan padamkan api
Nih dah bukak kan kulit untuk kengkawan yg datang ngendeng kat sini..
Meh laa makan udang niii...banyak nih.heeeeeee....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Komen Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...