Salam untuk hari khamis..
punya laa susah nak upload pic nih..
Bestnya korang yg takde masalah server langsung tuh..huhu..jeles tau!!
Brekpes pagi td,nak ngabiskan stok bread nih laa kejadiannya..
Resepi ni dah share kat myr..
Sebenarnya roti nih rangup dimakan,tp kalo ada yg buat tak jadi rangup mesti sebab terlebih letak marjerin tuu..
Takpun sebab melanggar pantang larang..hehee...takde lah,tipu jer.
OKlah,layan resepinya..c n p dr myr
Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Resepi nih juga boleh tengok kat SINI
Thanks kepada mereka yg sudah mencuba n anta laporan..
P/s:Boleh dijadikan menu emergency untuk tetamu yg tetiba dtg..hehe
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
0 Komen Di Sini:
Post a Comment