Hari tu tengok tupat sotong kat umah kak nor dan kak yatiezaini.
Teringin pulak nak merasa..ngendeng2 pun orang x bagi juge..
Sibbaik x kena baling ngan besen..huhuuu
Memula saspen gak,takut pulut tuh x masak..tp alhamdulilah..sedappp
Selalu dah cadangkan menu nih kat hubby.Tapi..macam tak rela jer dier..
Kalo masakan nih dier memang kurang gemar yang manis2 sikit nih..
Tapi kalo makanan lain seperti kek atau dessert yang sememangnya manis suka pula dier..hehee..
So buat sikit jer..hubby pun tak lunch kat umah kan
(aku je yang makan,anak aku pelik tengok nasik dalam sotong..sungguh terserlah kejakunan anakku ini)huhuuu..
Suka betul kalo sotong yang bertelur tau..hehe..tengok dah ilang separuh!uhuu..
Layan jelaa resepi yana dari myr nih..Thanks to yana.. :)
cuma daun pandan aku skip sebab takde..heee
Bahan-bahan ( 10 - 12 ekor )
* 10 - 12 ekor sotong sederhana besar
* 1 cawan beras pulut
* 2 - 3 cawan santan
* satu hiris halia di mayang
* satu kuntum bunga cengkih
* sehelai daun pandan - dicarik2
* satu keping gula melaka
* garam
* gula
* pencungkil gigi @ lidi
Cara-cara
1. bersihkan sotong
2. bersihkan beras pulut, sesudah itu rendam beras pulut dengan santan dan sedikit garam.
3. rendam sekurang kurangnya 30 minit, lagi lama lagi bagus.
4. setelah itu, isikan beras pulut kedalam sotong. jangan sampai penuh.. lebih kurang 3/4 je
5. setelah di isi dengan beras pulut boleh lah dicucuk dengan lidi @ pencungkil gigi di bahagian atas. blh juga diletakkan kepala sotong, jika suka.
6. bila dah selesai, susun sotong ke dlm periuk. masukkan sekali lebihan santan tadi.
7. masak di atas api sederhana besar, masukkan sekali halia, daun pandan dan bunga cengkih.
8. apabila dah mendidih, masukkan gula melaka. tambah gula dan garam mengikut selera anda. biasanya kalau kat kelantan ketupat sotong ni lebih kepada rasa manis.
9. apabila beras pulut dah masak, boleh la dihidang untuk minum petang...
SELAMAT MENCUBA
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
5 Komen Di Sini:
wah!!!!! sedapnya ketupat sotong..nak2!! hehehe..
saya penah wat skali je ketupat sotong...sy mmg suka ketupat sotong ni, tp slalu je xsempat nak buat...
saya dah follow puan..nanti jenguklah blog sy juga..hehehe..salam perkenalan..
owh cikfrogy suka dulu...
nenek yg wat..
nyum3...
wah! dah lama aku tak merasa makan ketupat sotong ni. masa kecik² dulu pernah makan. mak buat.
ari tu ternampak satu rancangan masak² bersama chef zam, dia buat ketupat sotong. katanya kena buang kulit sotong yg ade kaler purple tu tuk elakkan dari air tu menjadi purple.
Dah lama xmakan niii..Hubby tak suka itu pasal xde mood nak buat....nanti tak bestlah kena mkn sorang2....klu time dia xde tu lain citerrr lah kan kan kan
-atiQah-:sila2 laa amik kalo nak yer..amik gabo jela sebab sotongnya dah hadommm..hahak..
salam perkenalan juga dr akak..akak dah polo Tqah juge..tq yer.hehe
princessfrogy:haaa...dah beso panjang nih takkan nak tggu nenek wat gak?ekeke..simple jer nak buat tu wahai cik katak.hihi
Mr PenyuBiru:
Haaa..betul sangat laa tu.kena buang,ekceli kalo nak masak ape pon..tp aku malasss laa..hihi.wat pun sikit jer..len kali aku buang eh..mekasih bgtau yek!
Sotong tuh sedare penyu ke aa?haha :P
Nenie @ Syurie:
Betul tuuuu...tu pasal tggu time hubby xde baru ia2 nak masak menu nih..hihii..kang kalo kita makan ms dier ade,x best melantak menu tuh sorg2x..ahak
Post a Comment