Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 14, 2009

Getas-Getas

Malas beno nak wat benda len untuk bekpes pagi ni tadi..
Selalu gak wat kuih nih..Tak letak kelapa parut pun jalan gak kdg2 tuh..
Biasa wat x pakai sukat2..kali nih try resepi che'iza myR..best gak!


Tapi kan,anak2 tak suka sira ngan gula,suka cicah ngan susu pekat..hehehe..

c & p dari myR..Thanks to Che'Iza.. :)

Bahan-bahan ( 16-18 biji )

* 250 gm tepung pulut
* 150gm kelapa parut
* 130 ml air
* secubit garam
* * 3/4 cwn gula
* * 1/2 cwn air
* * sehelai daun panadan

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
4. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Komen Di Sini:

Sulela said... [Reply to comment]

Sedap ke HaSue? Tak penah makan la kuih neh...

HaSue said... [Reply to comment]

Sulela:Sedap gak lela..senang jer nak wat tuh..pe salahnya try...hehe..terpulang sama ada nak sira gula atau cicah susu cam kitorg..ahaks

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

err..naper aku macam tak pernah dengar nama getas-getas ni. 1st time tengok ni. atau mmg aku pernah tengok dan makan cuma bentuknye lain kut.

[Q.e.M.a] said... [Reply to comment]

huu~
mcm sedap je..
tbe2 rse lapa pas bce entry nie =p

HaSue said... [Reply to comment]

Mr PenyuBiru:
Mesti ko pernah makan nih..Yg liat2 manje tuu..ader nyiur..kdg2 tebal dr nih org buat,aku jer suka nipis..heeee

[Q.e.M.a]:
Bukan macam jer...mmg sedap..hehe

umi_e said... [Reply to comment]

sue... getas2 ni mengembalikan ingatan kak e pada arwah mak :(( sebab arwah mak pernah jualan kuih dan getas2 ni salah satu jualannya...

HaSue said... [Reply to comment]

umi_e:oo yeke kak e...at least ade gak kngn ngan dia kan..mesti sedap dia buat sampai leh jual tuh.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...