Nih try resepi kak yatt aritu..tergendala nak bagi ika,ctzura, mak yung dan sapa lagi nak udang aritu eh..ekeke..
Makyung x berani makan nih sebab ada nenas kot..hehee...
Ika,sebab tergendala..'terpaksa' laa kak sue makan sendiri..kensel nak bagi,sowiee..huahuaa :P

sedap tauu..guna nenas fresh,kebetulan ade plak aritu..Emmpph..kuah dier makan ngan nasik..isi udang pulak fresh..iskh2..
Jom semak resepi kak yatt nih..c n p dr myR..thanks to princessharyati
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* 12 ekor udang besar
* 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
* 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
* 2 ulas bawang putih dimayang
* 1 diji bawang besar dimayang
* Cili sos
* Daun bawang
* Gula dan garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.
0 Komen Di Sini:
Post a Comment