Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, May 26, 2009

Daging Goreng Sos Tiram Bermadu

Untuk sape2 yg nak tahu resepi daging simple tuh..
Masak lg daging nih sekali untuk lauk ptg nih..
Daging masak gini selalu menjadi santapan masa kesuntukan masa atau nak perabis stok daging.
Resepi asal tak letak madu..dapat ilham dr resepi Caramel Chicken .. :)

Bahan2:
250g Daging Lembu-dihiris agak nipis dan lebar.Pastikan hirisan menentang urat daging
4 Ulas Bawang Putih-Dipenyek mnggunakn dinding pisau dan cincang
sedikit halia-hiris bulat/hiris halus pun ok
Sedikit serbuk lada hitam(guna ld hitam tumbuk lg menyengat)
2 Sudu mkn Sos cili
3 Sudu mkn Sos Tiram
2 Sudu kicap pekat
2-3 sudu Madu
5 Sudu mkn minyak masak

Cara2:
  1. Daging yang sudah dihiris,dicarik2 kan sedikit jgn sampai putus..cukup untuk meregangkn supaya ia tidak liat ketika digoreng. Jika dihiris terlalu nipis,tidak perlu dibuat begini tetapi daging akan bergulung sikit ketika digoreng
  2. Gaul daging dengan sedikit dr halia,lada hitam dan 1/3 dari bawang putih.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau/sedikit garing.
  4. Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap pekat.Kacau goreng seketika..
  5. Masukkan madu dan kacau lagi.
  6. Akhir sekali,masukkan kesemua daging dan kacau rata.Tutup kuali dan balik2kn sekali sekala..
  7. Daging akan mengeluarkn jusnya dan pastikan guna api perlahan untuk elak hangus
  8. Kacau goreng sehingga kelihatan berminyak daging tidak liat lg.TIDAK perlu tambah air..Biasanya daging akan msk dlm masa 20 min bergantung gred daging.
  9. Boleh tambah bawang besar dihiris bulat jika suka.
Note: Jangan masak daging terlalu lama sebab akan menyebabkan daging tu keras..

Enak dimakan bersama nasi putih,nasi goreng mentega atau apa sahaja menu pilihan anda..

Selamat Mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Sulela said... [Reply to comment]

HaSue, ni yang sayang sangat ngan HaSue neh...hehehe...Time kasih ek sebab bagi resepi daging neh. Esok nak pegi beli daging, nak cuba try test masak...hehehe... Ingat nak cuba la ngan nasi goreng planta macam HaSue buat tu. Mana tau, masuk lak ngan selera kuarga...;)

HaSue said... [Reply to comment]

Sulela: Eheh..sorie lela..lmbt lak reply eh.
Tq yer dah try resepi nih...cayang dier!ihik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...