Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, May 20, 2009

Cara Menyediakan Bihun Yang Lembut

Sila Ambil Perhatian kepada sesiapa yg bkenaan..hehe

Satu ketika dulu..dengar encik hubby request nak makan bihun goreng mcm mimpi ngeri jer..
Dah terbayang bihun yang bakal jadik..Kengerian bertambah parah bila hubby cakap bihun goreng sebenarnya peberet dier..macam beku jer darah jap..
Mana taknya,selalu jer bermasalah nak goreng bihun nih..jarang2 sangat menjadi seperti yang dimahu...suamiku ini pula berkenan sangat dengan bihun lembuttt sahaja,bukan lembik..Erkkk!

Kalo baca arahan kat peket bihun biasanya suruh rendam n tos jer..bleh rendam ngan air sejuk atau panas..tp arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk,alahai lama gak ler..seorang kawan bagitau emaknya mmg biasa rendam air sejuk jer sbb takut terlebih lembik kalau guna air panas..

Ini kemungkinan2 yg biasa berlaku pada bihun goreng,kdg2 kat restoran pun leh jumpa!:
  1. Bihun keras kejung-ala2 tangsi gitu..yg org guna utk mancing tuh..hahaa..
  2. Terlampau lembik..adehh berpintal2!
  3. Dah ok..tapi bihunnya putus2,bahan2 kadang2 masih berketul dan tak sebati
  4. Terlebih masin!
So,pergilah berguru(sebenarnya tengok mase dier buat) kakakkite yg dah biasa menggoreng bihun n mee goreng..
Sekali goreng bihun tuh sampai 5-6 bungkus..kite ni estimate 2 bungkus jer..lenguh tangan weh..beratt..(nih biasa alasan kat kakak kalo dia mintak cover ngacau bihun jap..mmg x brp larat nak kacau goreng tau..hehe)
Dia goreng bihun lembut jer..tak keras tak lembik..

Tapi itu cerita dulu..sekarang tidak lagi.. :P

Jadi,Hari ini nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut seperti sepatutnya dan tidak seperti tak sepatutnya..hehe
Bagi yg dah terer tuh..nak share idea pun boleh juga ya..kite nih budak tgh belajar gak..heheh..

Cara2:
  1. Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan tau..Kadang2 ada bihun yang rendam kejap jer dah lembut.Ada yang rendam lama pun,ia x lembik2 gak..lambat lembut..sementara tu bolehlah kupas bawang2 atau sediakan bahan2 lain.. /kalo guna air sejuk sila abaikan tips ini.. (edited)
  2. Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tak..test dengan angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit2an gitu.kalo senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..hehe.kalo tak bihun anda akan kenyal juga mcm tangsi..
  3. Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja(nih yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya yer..angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat je..hehe..
  4. Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..
Bagaimana nak dapatkan Bihun Goreng yang panjang2 dan tak putus2 lak??

Ok..Nih hasil cubaan sendiri sebelum ni..kalo kakak tuh dier guna sudip jer,zup zap zup zap..tu kdg2 tgk terputus2 gak..hihi..saya yg amatur nih kena laa amatur juga gayanya kan.hahak..
  1. Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng tu,kite potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
  2. Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalo guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau tu garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
  3. Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum yer..untuk mengelakkan terlebih masin.
Cara2/ tips ini amat membantu saya..harap dapat membantu anda juga..penggunaan ayat agak skema supaya senang difahami..kalo tak faham,sila tanya yer.hehe..kalo ada tips tambahan meh ler kongsi2..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 Komen Di Sini:

Mrs Hardlena said... [Reply to comment]

waaa..tips yg bagus ni. thanxs for sharing.. :)

Eyna's said... [Reply to comment]

Memang tips yg bagus...sy pun peminat tegar bihun gak..heheh..

apepun...slm pkenalan....

HaSue said... [Reply to comment]

halen:thanks juga sebab respon..hehe

Eyna's:sama laa kite peminat bihun ekk..hehe..salam pkenalan jugek.. :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sue, bagus oo tips nie..sy pun bermasalah dlm gorng mihin ni..aari tu cube goreng sekali bila sejuk dah mcm tali tangsi jer..nasib baik bg anak makan, sbb dia memang suka mee mihun nie..banyak jugak tips nyer ni..nnti sy cube lagi..tq

HaSue said... [Reply to comment]

Softtouch [Hanim]: nampak jer banyak tuh,sebenarnya mudah jer..hehee..bihun yg lembut nih bila dah sejuk pun masih sedap lg..dan masih lembut juge..selamat mencuba yer :)

noorcyah said... [Reply to comment]

bagus gak tulisan awak ni..tapi nak tahu gak, amount bahan dengan bihun..kadang2 dan masuk bihun, tak cukup bahan..saya ingin nak masak bihun 4 bungkus yang sedap gilerr

HaSue said... [Reply to comment]

noorcyah > kalau masak bihun untuk 1 bungkus dah jadi sedap tak?kalau dah jadi,gandakan je bahan2 tu dr utk 1 bungkus ke 4 bungkus bihun. Kalau boleh jangan main agak jer untuk hasil yg terbaik.. hrp dpt membantu ye :)

Cikkda said... [Reply to comment]

rendam dgn air sejuk smalamn conform dpt bihun goreng yg lembut bukn lembik

ShidaDaMizWutever said... [Reply to comment]

Selalu pakai bihun yg halus jer.. so sekejap jer la rendam. Malas nak tgu lama2..

HaSue said... [Reply to comment]

Bagus tips tu..terima kasih ats perkongsian :-)

HaSue said... [Reply to comment]

Bihun yg halus yg dmaksudkan tu su'un tu ke? Sedap juga tu.. :-)

Unknown said... [Reply to comment]

Best tips nii suka juga..sebab bru bljr nk bwt bihun singapore hihi..thankyou2😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...