Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, May 22, 2009

Kari Ayam Cara Kampung

Lauk ayam masak kari paling kerap menjadik menu kat umah nih..
Sebab menu nih memang x jemu2 dimakan oleh kitorang sefamily nie..
Ayam cara lain(selain digoreng),memang mudah 'lejuk'(jemu) kata orang sarawak.hehe

Mula2 share resepi kat myr aritu aku letak tajuk Kari Ayam Kampung..
Ramai plak salah faham,ingatkan kena guna ayam kampung..
Sebab tuh aku edit jadi seperti di atas..
Aku cuba sampaikan tuh cara masak ayam bandar nih untuk mdapat rasa ayam kampung..
Nak kata sama 100% tuh x logik laa kan..tapi iras2 tuh ader..
Kira cara yang sama boleh dibuat untuk buat sup ayam masa dalam pantang..

Cuba tengok resepi nih:
* 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
* 2 cm Halia*
* 2cm Lengkuas*
* 2-3cm Kunyit Hidup*
* 2 Ulas Bawang Putih*
* 4 Ulas Bawang Merah*
* 1/3 sudu mkn Belacan*
* 2-3 Btg Serai-Diketuk
* 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
* 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
* 3 sudu makan Kerisik
* 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
* 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
* Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
* Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
* 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
* Air Secukupnya

Cara-cara

1. Mula2,nyahbekukan ayam dari peti ais.Jangan potong dahulu..Bakar di atas api sehingga kulit ayam keperangan(kalo boleh smpai kelihatan bminyak)tp jangan sampai hangit.Jika guna ayam daging mungkin sedikit berlemak jadi buang bahagian yg berlemak terlebih dahulu.Bakar keseluruhannya..(guna penyepit masakan jika tiada dawai pemanggang)-Bakar dlm oven?Tak sedap... -aku pun bakar atas dapur gas jer..heee

2. Dah siap dibakar,bahagian kulit ayam yg berlemak boleh lah dibuang. Potong ayam tersebut pada saiz sederhana kecil [dlm 8 bahagian utk 1 peha(bgantung saiz ayam)]-Cuci bersih dan toskan.

3. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar.

4. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma.

5. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api.

6. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya]

7. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya

8. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee

9. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang.

10. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula.

11. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut)

12. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu..

13. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda.

Boleh tengok kat SINI yer..
Kemain details cara2 aku taip tuh..saja2 laa nak senang bagi orang paham..terutama yg baru berjinak2 dlm bidang masak2 kan..eheee

Tapi selalunya resepi panjang2 nih orang jarang nak tengok walaupun sebenarnya simple sangattt,so malas nak cuba..sebab tuh akan banyak keluar soalan kat petak komen..kan?hehe..
Tapi tak kisah,dah memang tak faham..suka jer nak jawab kalo benda yang kite tau kan..

U/p: Aku jarang letak santan dan kerisik tauu..hehe

Note: Thanks kepada mereka yang sudah mencuba resepi ini..love ya! =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sangat detail resepinya...bagus2..sennag nk faham..tp kan sue,ni kari mcm rendang plak..sbb letak kerisik..tak pe nnti akan dicube..tp mcm berat jer nak masak ni sbb takut tak jd...kari biasa tu ok lah..

gee said... [Reply to comment]

pe beza kalau ada kerisik n xde kerisik?? biasa org tua suka letak kerisik kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...