Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 1, 2011

Resepi: Puding Tembikai

Salam kembali.
Di entri ke dua hari Jumaat yang mulia ini,marilah aku hidangkan korang semua dengan puding tembikai yang sedap ni haa..aku hidang,korang tengok. Yang makan,akuuu jugak.best kan?wee...wee..
Jangan risau,ada resepinya,korang buleh godek2 sendiri..insyaallah jadi jer. Janji jangan ikutkan sangat perasaan malas tu ha..hehe

Resepi puding tembikai ni pun dah lama menjalar dari blog ke blog. Blog masakan laa terutamanya,kira menu panas jugalah sebab menarik je nak buat puding ni kan.. ia bukan je cantik tapi sedap dimakan.
Kiranya aku nih antara orang yang kemudian jugalah mencuba setelah 'kenyang' mencuci mata nengok puding orang jer.

Akhirnya terkumpul juga vitamin kerajinan aku tuh sehingga terhasilnya puding tembikai masak ranum nih.haha..

Sebelum nih tengok puding tembikai kawan2 blogger yang lain ada macam2 pesen. Ada yang guna cincau sebagai biji, ada yang guna puding tu sendiri diwarnakan agar jadi biji tembikai. Tapi idea terbaik aku tengok adalah gunakan bijan hitam..idea daripada (kak ita masam manis kalau tak silap). .Opps,ia sebenarnya idea Ita(Juwita) yang duk Jepun nun..sori2,konfius nama sama ita nih..tak kena saman kan kan..ahaha
Mekasih Ijah@Ika@meksiam@siti Khadijah(punya laa byk nama mek sorang nih kn.hihi)sebab tolong perbetulkan ye..haa,puding ijah siam ni pun cun melecun woh..kat dapo ijah ni laa pestaim nampak guna bijan hitam aritu.hee..sori ijah,akak mamai tadi,lupa bagitau..
Kot2 korang nak try gunakan lada hitam buleh juga kot.. Puding untuk orang pas bersalin..ahahak. Huh?Ada ke orang pas bersalin makan puding?chett..jangan harap laa..haha

Opps,lupa...ada orang guna bijan putih ko. kiranya tembikai muda laa gitu..tembikai lum masak dia petik,tah sape laa tu kan..tembikai seedless laa kononnya tu..tapi lawa jugak. ada haa,link dia dalam entri nih.haha..ampunn mek jahh...ops,tersebut nama lak..kira xnak sebut nama izahdaut tadi.ops lagi skali..hakhak.. *nama ijah pun 2 skali kuar nih.heh :D

Sedap2 jer gelakkan orang kan,puding aku nih tembikai tak berapa berbiji lak..cam takut2 nak tabur banyak biji.hihi..
Buat korang yang belum cuba lagi,sila2 laa cuba yer..seronok tengok kejadiannya nanti

Resepi asal puding tembikai ni dah dialter sket oleh kak nor kite pastu direalisasikan oleh izahdaut. Jadi aku ikut jelah sebagai panduan dan iktibar..senang keja kan..tu hikmah buat kemudian sket..hii..
Aku guna agar2 berat 13g pulak..dah tu aje ada stok.Tak kisah laa kan,janji dah jadi dan elok jer kerasnya..sesuai sangat dipotong2..

Terima kasih kepada tuan asal resepi dan kawan2 yang menyebarkannya..terima kasih kak nor yang ejas lagi sukatan dia untuk dijadikan panduan lagi,dan buat ijahdaut sebab aku copy dari blog ko..minta ijin edit juge ye.hee..

Untuk rujukan sendiri dan mereka yang ingin mencuba,inilah resepinya..tulisan warna biru yang aku buat eh.

PUDING TEMBIKAI
sumber: Kak Nor & Izahdaut
by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


1 paket agar2 12gm | 13g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit) |3 keping roti putih (buang kulit)
4 1/2 cawan air |1 liter air
6 sudu besar gula |90g gula
1/2 cawan susu pekat |100g cawan susu pekat
1 cawan susu cair |250ml susu cair
2 sudu besar butter |2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila |1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)-anggaran 1cawan.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahan-lahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
Buah tembikai yang masak ranum n juicy..yummyyy!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

35 Komen Di Sini:

ijayuji said... [Reply to comment]

Salam kak sue! pembetulan tu bukan kak ita masam manis, kak JUWITA kat jepun nun punyer idea guna bijan itam :D kena saman nanti wakakaka....

Anonymous said... [Reply to comment]

pergh~~ cantik..nak tanya.tak payah buat cakar harimau dulu ker ?

Anonymous said... [Reply to comment]

pergh~~ cantik..nak tanya.tak payah buat cakar harimau dulu ker ?

CT Delima said... [Reply to comment]

As'salam Hasue

gelak dulu hahaha.. adoiii. senyum2 kambing hitam Jiya jap baca entri hasue ni tau. pepagi dok gelak2 bagus gak boleh awet muda kasi tegang kulit muka kan, tak yah buang2 duit nak enjet botok segala..hihihi.

kak ct memang tak TERbuat2 lagi puding ni. bukan apa tau, takut tak habis makan, biasalah anak2 ni semuanya ikut mood nak makan. kang kita jugak yang kena kasi habis seloyang sorang2 sampai kuar airmata.. hehehe

Zana~Sweet Rose said... [Reply to comment]

salam sue...waa... akak pun nak gelak dululah macam kak ct tu...
akak pun mmg x terbuat jugak sbb bab puding2 nie anak2 nak mkn ikut mood juga, nanti kita juge kena makan sorang2kan kak ct...hehehe

Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

hasue hahaha tak kena saman ye la.. ye la nama sama mana nak perasan kan.. hihihihii lawa la tembikai tu ada kuning ada merah .. tapikan dalam gambao atas sekali tu uyang blur belakang tu tembikai betul yek.. hihihihih

tun_telani said... [Reply to comment]

uwaa.. cantik manis mcm tuan dia jugak laa puding nihh.. tun tgh diet nii.. xmkn manis2.. kui kui.. nk lari 2-3 round bakar kalori puding keju aritu baru blh wat nii.. haha..

Gee® said... [Reply to comment]

Waaa...sangt cantek tembikai yg masak ranum & juicy tuh... slruppp sejuk jer kat tekak....ops!! tolonggg tertelan biji tembikai la pulak....

Cheq Sue said... [Reply to comment]

hai sue...tengahari ni memang sedap sgt la ye makan tembikai sejuk2..

HaSue said... [Reply to comment]

@ijayuji
hahaha..akak dah betulkan dah.sure x kena saman nyer..hihi..mekasih ijah

HaSue said... [Reply to comment]

@chikadakbiru
A'ah,x payah cakar rimau dulu..akak kan,nak cepat nyer pasal buh dalam esbok jap.bg cepat beku.haha..kes x penyabo laa tu.ngeee..yg dalam periuk tu biarkan je dulu ngan api perlahan.nak tuang dalam bekas baru warnakan ia..

HaSue said... [Reply to comment]

@CT Delima
Waalaikumussalam
Eh,apa kes kambing jiya leh masuk korum nih?haha..
betul2x betul tu kak..senaman muke.haa,kan dah terpecah rahsia awet muda kak ct kite ni..hikhik

Akak kalo buat x abis seloyang akak buat jer 2 loyang anto ke sini..tak ler susah2 akak nak abiskan.ngee

HaSue said... [Reply to comment]

@Zana~Sweet Rose
w'kumsalam..takpe kak,gelak2 laa dulu sesambil saya idang air nih.hehe..
oo gitu ye kak..
kalo kat umah ni mmg gemar makan puding2..lagi kalo puding jenis lembik2..rasa nak lembikkan je puding ni..tp susah lak nak potong bentuk tembikai kan.hihi

jemput ler minum kak..air kosong je.

HaSue said... [Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
Haa..sibbaik tak kena saman kan..ekeke..konfius sebab aritu disebut mek ijah siam tu kak ita,kak ita..tak pasal2 kena pembetulan..sibbaik lagi skali sebab tak payah tulis sampai 100x(kes kena denda)haha..maklum la,yang punya nama tu cikgu katekan..

Ha'ah ita,yang belakang jadi pak pacak itu adalah tembikai sebenar..haha..jangan terpedaya olehnya

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
manis ye tun?makacih2..takde2,dah abis ni..xde upah kot puji pun.haha..

ehhh..akak diet jugak tauu!tapi makan juga laa puding ni,pas makan baru laa diet balik*diet takleh pakai.kakaka

Pstt..akak baru beli sekut cis tu tun..bila nak buat nih

HaSue said... [Reply to comment]

@Gee®
Oops..haa,kan dah tertelan biji tembikai..tu laa,sambil makan sambil bercakap kan..takpe2,kite tunggu ia tumbuh dulu..pastu kite petik sama2..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Cheq Sue
Ha'ah..tu laa,seswaii je kan nak lalukan kat tekak.. buat mereka yg berpuasa sempat lagi nak buat nih untuk juadah berbuka..hehe

Mas said... [Reply to comment]

haaa...tu dia...dah sampai dapo kau dah sue puding tembikai ni...
aku gak tak terseru2 nak membuatnya....kikikiki
entah bila lah nak membuatnya...
roti lak dah abisss..
baru jerk semangat bila tengok puding tembikai kau yang cantik menawan tu....he..he..
nanti2 la...

Roses_Leo09 aka Hanim said... [Reply to comment]

kalau sekali pandang mesti sangka buah tembikai (ori). cantiklah .....

izahdaut said... [Reply to comment]

dengki aku nyer tembikai seedless la tu.. huh..aku nak yang tembikai kat belakang tu.plzzzzzzzz..nak jugak nak jugakk

K.Nor said... [Reply to comment]

panjang karangan arini mek sue.. tp akak tetap gelak manjang baca sampai abis.. tp kan.. kan.. tembikai sue ni mmg masak ranum sungguh! pakai baja cap apa tu? lawo!! dah jadi tokey tembikai berjaya la ni ya.. hehe

K.Nor said... [Reply to comment]

owhhhh.. agaknya pakai baja ta** kamben itam jiya kut.. hehehheheheh

anymz said... [Reply to comment]

eh!hasue..nape biji itam tu ada dua butir je..pastu kan?..nape biji itam tu ada kat hak yg kaler kuning tu je..(sambil kunyah2 tembikai asli)..mmmm...(mulut penuh dgn tembikai)..kira tembikai ko ni lagi terror lah dr mek ijah punya kan?..langsung takde biji tuuuuuuuu..wakaka

Amie said... [Reply to comment]

assalam Hasua,
lawa tembikai merah kuning tu...ala2 bendera negeri selamgor pulak hehehe....
kadang2 kita terjumpa pula tembikai masak dengan bijinya warna putih... agaknya kalau nak buat gak kena pakai bijan putih pulak yea...

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
Tu laa mas..akhirnya sampai jugak ke dapur aku kan kan..ko tuh bukan x sampai seru kot mas..seru dah expired.meh sini aku renew balik nyeru ko suh buat.hihi..

Fauziah Samad said... [Reply to comment]

cantik! kjee tak ada kesabaran buat kerja2 creative cam ni!

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedap menarik n tetarik tgk puding tembikai sue tu

Yani said... [Reply to comment]

cun.. mcm de real tembikai

Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply to comment]

Salam Hasue..
cun melecun betul mama tgk puding tembikai Hasue nih :P

Unknown said... [Reply to comment]

wahhh cunnya tembikai puding tu dah mcm rupa tembikai betul dah tu...cantkx2 suka tgk..hehe

Azmie & Vivie said... [Reply to comment]

kacak puding tembikai kak hasue lok! =0).
kedak buah semangka benar2..maok kmk try polah juak kelak =0).maok engkah bijik semangka bnr2 boleh sik? hik hik hik ;0).

Ida,Japan said... [Reply to comment]

sue..cun ler puding tembikai dia, akak lum terbuat2 lagi...dah lama masuk list, adehh..bila entah, padahal tak susah pun kn

HaSue said... [Reply to comment]

@Roses_Leo09
Tq..2x pandang mesti rasa nak mkan jer..hehe

sue said... [Reply to comment]

alamak tergoda la ngan 'tembikai' ni.. tgh salin resepi nk kena buat ni.. cam best je.. menarik n tertarik sungguh..

Unknown said... [Reply to comment]

mahu tanya agar yg mana satu pakai nie..yg ada warna ker atau yg xda warna?....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...