Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, February 19, 2011

Tauhu Kukus Berhias Udang Kering

Hari ini rajin pulak aku nak jenjalan blog orang..nak entri blog sendiri yang kurang rajin..ngihihi..

Oklah,udah2 ler nengok menatang yang nampak kurang sedap tu yer..
Meh aku hidangkan pulak dengan menu yang ternyata sedap..
Boleh kata dah beberapa kali gak laa aku masak tauhu stail gini haa..
Berselera jer makan,kira separuh berpuasa diet laa untuk arini..ngeee

Bagi penggemar tauhu,jangan teragak2 nak mencuba yer...makyung2(ibu2 mengandung) yang sedang baca ni..boleh laa cuba lepas ni ek..mana tahu esok2 gebu bayinya putih melepaks macam tauhu goreng kann.. ;)

Sebelum ni aku dah post kan resepinya,tapi kali ni aku tambah sos tiram sikit..bagi yang nak pedas,boleh laa tambah cili api yer..
Tauhu lembut digunakan untuk membuat menu ini yer..entri sebelum ni boleh rujuk sinun(klik)

Tauhu (lembut) Kukus Berhias Udang Kering >> HaSue

Bahan2:

* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan

Cara:

1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..

Ermmmm..memang sedap!amat sesuai juga dimakan begitu sahaja...yummm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 Komen Di Sini:

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Assalam Sue..mmg lembut nampak tauhu lembut tu..sudah semestinya sedap bagi akk yang mmg penggemar tauhu tu..kunyah2 udang kering best je kan sue

anymz said... [Reply to comment]

assalam sue,wah! best dan terbaik resepi nih..elok utk org yg sdg berdiet kan?...akak ambik resepi ni masuk list ya.

ezzyra said... [Reply to comment]

salam kak..wah..cm keta berhias plak tauhu ni...hihi

Mas said... [Reply to comment]

sue, tauhu masak macam ni aku teringin nak makan.....
nanti aku nak try buat gak lak..
terliur tengok tauhu kau ni...mesti sedappkan sue...

Wattie said... [Reply to comment]

Salam Sue,
Sungguh lembut dan ayu nampak kejadian tauhu tu.....terasa cam nak cedok sikit utk rasa....ada lagi tak....

tun_telani said... [Reply to comment]

kak Sue.. ni pesal semua org duk makan tauhu nih??? sy je xmasak tauhu lagi nih..

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
waalaikummussalam..
baik akak try tuh kalo gemar tauhu..hehe..kalo udang kering dah masin pandai2 laa ejas garam tu kak.. ;)

HaSue said... [Reply to comment]

@anymz
waalaikummussalam..resepi nih kira menu sihat laa kak..hehe..sila2..amik je..mmg nak kongsi pun..ala akak,cam x biasa..hii

HaSue said... [Reply to comment]

@ezzyra
waalaikummussalam.. tulah,nyaris akak letak lampu lip lap td..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
a'ah mas,mmg sedap jek..ratah gitu jer yg banyaknyer..hehe..kalo gandingkan dengan nasi ayam mmg best mas!jgn lupa buat lebeyy

HaSue said... [Reply to comment]

@Wattie
waalaikummussalam kak..yeke..mesti tersimpul malu tauhu tuh bila akak puji gitu..hihi..cedok laa skrin tu kak..ekeke

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
yeke? dah musim tauhu kot..hehehe..gi masak tauhu sana..nanti panggil akak mkn yek..ngeee

CikGu NOr said... [Reply to comment]

salam Hasue..
nak tanya mana nak dapat tauhu cam gitu yer?? kat pasaraya ader tak?

HaSue said... [Reply to comment]

@CikGu NOr
waalaikummussalam..
tauhu lembut ni senang didapati kat pasaraya,bahagian sejuk tu..area yogurt n sbagainya..bkn area sejuk beku..hehe

lina_pg said... [Reply to comment]

salam sue..nmpk sedap tu, lembut jerr terliuq la plak tgk tauhu msk cenggini.Honestly akak tak pernah masak tauhu..xtau camana sambutan kat umah ni

Erani Zuhran Mohd Nor said... [Reply to comment]

Favourite ni... walaupun saya ni malas nak masak. suka makan dan tengok resepi orang jer...

openid said... [Reply to comment]

Salam Kak HaSue...
yang ni memang buat selera kalo banding dengan gambor yang kt bawah sinun.hehehe
Ijan

Ryo Azhar Rahza said... [Reply to comment]

wahhhh!skali tauhu pun ko kukus wat menu gak ye..kebetulan smalam aku makan tauhu kukus kat Singapore....**mesti ko terkezut bila lak aku g sgpore lg nih..
Singapore chicken rice ler.hahahaaaaa

Tapi..Masin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...