Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, February 23, 2011

Kangkung Goreng Fishball

Selamat pagi Rabu...brekfes apaa tuuu?? Jangan skip sarapan yer..at least eat something walaupun ngah diet sakan..jangan biar perut kosong untuk masa yang lama..
Nanti sekali kena gastrik kang sapa susah..mereka dan keluarga mereka jugak yang susah kan...dengar cakap orang tua nih,jangan degil,gi sarapan sana!heee :P

Menu semalam...gandingkan dengan menu ayam.

Selain fishball(bebola ikan),boleh juga gantikan dengan udang basah..sedap2!

Kali ni aku buh kuah sket sebab budak2 ni suke makan ngan kuahnya sekali.
Tapi cili aku gunakan tu spesis pedas lak dari biasa,jadi budak2 pun makan kurang laju dari biasa..kalau tak pedas,memang laju jek sayur kangkung nih..

Kalau tak goreng gini,aku biasa goreng belacan jek kangkung nih..taruk belacan lebih biar penuh satu umah aroma belacan..ngeee

Edited:
Buat Kak Rosaliza n kalo ada yang nak mencuba resepi mudah ni,ini resepinya:

Kangkung Goreng Fishball >> HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 ikat kangkung
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah*-nak pedas lagi leh tambah cili api
  • 1/2 sudu makan belacan*(optional)
  • 8 ketul bebola ikan(fishball)-leh tambah jika suka banyak fishball
  • Garam dan perasa/gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Kangkung dipotong2,bersihkan dan ditos. Fishbal dipotong 3
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  4. Masukkan fishball dan kacau goreng selama lebih kurang 1 minit. Masukkan garam dan perasa/gula
  5. Kemudian masukkan kangkung dan kacau goreng lagi sehingga masak. Kalau nak senang guna 2 sudu dan kacau guna kaedah kaup balik(sebab daun kangkung kadang2 berbelit..hehe)
  6. Jika suka berkuah,boleh tambah sedikit air dan tunggu mendidih baru padamkan api.
  7. Cara menghidang:angkat sayur yang sudah masak menggunakan dua sudu(kiri n kanan)dan letak dalam piring. Letakkan fishball yang tertinggal dalam kuali di atas kangkung tadi dan hiaskan dengan cili hiris dan bawang goreng jika suka.
Ni nak ngabiskan stok fishball laa kiranya..heheee...pedas2 gini mak budak yang lebih2..uhuu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue....yes yes.. berjaya jadi org pertama komen...

oh sedap ek campur ngan fish ball, akk belun cuba lagi ni, kangkung pun belum mkn lagi hehhe..nak kena cari sayur kangkung juga lah

tq share gambar kat sini..tepek la reseipi sekali sue, sennag akk nak cn p heheh

izahdaut said... [Reply to comment]

wehh..pepagi lagi tunjuk kangkung..
ko lebih2 makan ye..makan kangkung je la sudah..tak yah makan nasi..
aku nyer diet pospon ari esok lah.tadi aku dah melantak nasi goreng sepinggan.tu la pasai.aku masak, akuuu jugak kena makan.kalau idak membazir la pulak..aku tak sanggup nyah..ngeeee

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
waalaikummussalam kak...haha..lawak la akak nih!
awal BW arini kak..amani kasi chance laa tu..hihi..
Nanti akak try laa eh..pasnih sue edit resepi balik..kalo lom edit gak..jerit2 laa sikit nanti ek,kot2 lupa..ekeke

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
Patutnya entri nih nak ditayang malam td zah..tp aku mengantuk sesangat..jadinya tido awal. dah laa takde bntl peluk mlm td..kakaka..

pospon lg ek diet ko?tu ngengada laa tu guna alasan xnak membazir..hahaha..aku pun asik terbabas je nih..camne ni hah

Mas said... [Reply to comment]

sue..pepagi kau dah tunjuk kangkung.....
wat aku terasa nak makan kangkung lak ari ni..he..he..
aku pun suka masak kangkung cara kau ni..selalunya aku gak yang perabis kangkung tu sorang2...laki dan anak2 aku tukang kutipp fishball jer...wakakaka...
tak kuasa aku nak paksa dia orang makan kangkung..

umi said... [Reply to comment]

Assalam sue, terliur tgk kangkung goreng ni, kalu goreng belacan tu lagi mengancam! Anak2 kat rumah tak reti makan kangkung, jadi umi je makan sorang. tapi best jugak, tak berebut hehe..

TopsyTurvyMum said... [Reply to comment]

bagus ni pepagi tayang sayur..kasi semangat nak diet haha..

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

assalam sue...terima kasih tepek resipinya ya

myoliza said... [Reply to comment]

mcm sedap pulak, petang ni nak masak sayur kangkung laa jugak...nyum3

myoliza said... [Reply to comment]

mcm sedap pulak, petang ni nak masak sayur kangkung laa jugak...nyum3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...