Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, February 14, 2011

Resepi: Ketam Goreng Sos Bertelur

Lama giler babas tak makan ketam.. bila dah dapat makan syok nak mampus sangat okeh..
Masakan gini adalah masakan ketam paling aku suka sangat..
Paling best part nak ratah tu laa..hehe..
Kuahnya pulak memang best kalau gaul ngan nasik..huh,cerita panjang pun tak guna..meh laa layan gambar2 nih..

Korang yang alergik ketam tuh tengok jer laa ek..korang yang tak alergik pun tengok gak,nak bagi dah abiss pon...hah hah hah(gelak orang ja'at) ;P

Isi ketam ni sungguh manis n fresh..

Resepi simple dimple sajer tapi kalau makan kat luar,boleh puluh2 diorang caj ko okeh..yang dapatnya berapa ekor ketam jek..huhu...macam tak puas makan..ngee..nak puas order la banyak2 yer dak?heh

Meh tengok resepi..

Ketam Goreng Sos Bertelur >> HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!
Senang jer kan...Pastu kalau rajin,susun balik ketam tu kat atas pinggan dalam bentuk ketam yang masih belum disiang/dipotong...
Aku tak sempat dah nak deko2 nih..hahaha

Oh ye,nak senang makan..selepas potong 2 tu,ketuk sepitnya biar retak..supaya senang sikit nak makan nanti..kalo tak,guna aje pengetuk khas untuk makan ketam tu yer

Sedap sehingga menjilat kuali.. :D

Banyak tul gambar ketam ekk..hehe..saja2 jer coz jarang jumpa ketam musim tengkujuh nih..eh,dah panas dah sekarang kan..mana ada hujan selalu macam aritu dah...

Buat adik2 yang baru nak belajar memasak,meh nak tunjuk sikit camner nak siang ketam ni..takde laa step by step..nak tunjuk yang mana patut dibuang jer ..

Nampak tak yg oren tu adalah telo ketam,jangan dibuang tau..sedap tuu...insang tu pulak buang ler,dengan poket sisa pembuangannya sekali..ada kehitaman tu..kat gambar ni tak nampak..pastu kadang2 ada gak yang poket tu kosong jek..hehe

Lepas kopek cengkerang,buang insang2 tu n potong laa badan ketam ni untuk senang nak masak yer terutama kalau saiznya besar..cengkerang tu masak sekali yer,terutama yang ada telur..
Tips nak beli ketam ni pilih laa ketam betina coz lebih banyak isi n selalunya bertelur..
Nak tau betina ke jantan tengok kat (apa namanya tu) belakangnya haa..injap ek?(haha)
ni kes lupa amik gamba laa nih..kalo lebih lebar maknanya tu ketam betina..kalo kecik jer tu ketam jantan.
Kalau telur dah keluar dari badan tu ketam tu dah agak lama..

Sekian pelajaran mengenal ketam untuk hari ini..hehe...ada sapa2 nak tambah? sila2kan laa yek ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 Komen Di Sini:

Jiya said... [Reply to comment]

aku nak ketam yang ada telorrrr!!

Jiya said... [Reply to comment]

ehhh.. ni musim ketam dah bertelor ka? hehehe

nur easy said... [Reply to comment]

sedap kn telur ketam tu..;)

K.Nor said... [Reply to comment]

akak nak gak, yg bertelur seploh ekor ya.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Jiya
bukan ko pantang ka jiya?haha
tak tau lak aku..lom ada jadual ketam mengawan laa jiya..ko ader?pinjam!

HaSue said... [Reply to comment]

@nur easy
a'aa..mmg sedeppp...hihi..tu trick lak mintak la tu ek? ;P

HaSue said... [Reply to comment]

@K.Nor
ahh..takde2..akak mana bleh mkn ketam,takut kolestrol tinggi.hahahaa

Mas said... [Reply to comment]

sue...untuk aku ada tak...
sedapp tu....
aku nmpk kau nyorok ketam tu bawah meja tu...aku ambik..wakakaka...

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue..akk nak sos dia jelah ketam tentu dh abis, sosnya mesti ada, dapat sos pun jadilah..sedapnya ketam bertelotr tu

openid said... [Reply to comment]

kenapa die suke tayang seafoodddddd????? mencikkkk tawww!
Ijan

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Ha SUe... dah ramai datang mintak..tuk erma ader tak? fuh penuh tu ngan telur.. nak 2 ekoq...he he he

tun_telani said... [Reply to comment]

tidakkkk!!!!!!!!!!!!! terliur nyerrrr!!! sy allergic seafood, udang gatal2 je, ketam mmg cari nahas laa.. huhu... *nangis..

illa said... [Reply to comment]

Saya penggemar ketam jugak!! Thanks yer bg tips tuu...Sedap nampak ketam telur nie..nak try gak la

MiZi said... [Reply to comment]

saya lapar... huk... minta ketam skit.. sirius ni... :(


http://www.contengcorner.com/2011/02/perls-sungai-petani-penang-perlis.html

Rabiatun Adawyah said... [Reply to comment]

haduihhhh la haiii...sedapnyer.. hr tu ada jugak tinjau2 cik ketam nih, tp nampak sizenya kecik2 plak. Sedapnya klu dapat lagi2 yg ada telur tue..nak seplohhh..hehehe

Faridah Chalo said... [Reply to comment]

Nyum2.. tadi dah try masak.memang sedap..lagi2 tang kuahnya..ada lebihan ketam x hbs nk carik isinya buh dalam inti popia..jap lg nk goreng. Thnx share resepi.. ^_^

Fatimah Bt Tony said... [Reply to comment]

Sedapnya.. Faveret saya guna telur masin.. Terliur tengok gambar.. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...