Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, February 12, 2011

Cili Hijau Goreng Telur

Wahh,macam sunyi jer dunia cyber di hujung minggu ni kan..
Masing2 sibuk dengan aktiviti dan cuti masing2 agaknya..
Aku duk umah ajer..malam kang ada laa jemputan untuk open house CNY..manyak malas wa mau piligi tapi sebab kawan juga la kan,terpakse lo..yess!dpt makan freeee..gantung piriuk lo!heh

Cili hijau.Cili yang belum masak ni ada orang panggil cabai hijau kan kan? Selain dimasak goreng belacan kaw2.. aku suka gak masak gini..

Dah ikut tekak encik suamiku itu,suka kalau telurnya masih kebasahan..tak suka kekeringan. Tapi memang sedap laa dari telur tu goreng sampai kering..rasa macam tak best jek..hehe..
Satu lagi ia bergantung juga kepada cili hijau tu sendiri..kalau dapat cili pedas sediakala..tak payah laa letak cili api dah..

Sebab aku rajin,nak taip gak laa resepi mudah ni kat sini ..kot2 ada yang tertanya2 resepi kan..hehe

Cili hijau Goreng Telur >> HaSue

Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Makan pedas2 gini memang menyelerakan...yang ni tak berapa pedas,anak2 pun suka makan =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue..wah sedap tu jadi cam sayur pulak cili, yang pedas best nih mkn, cili petik kat tepi umah ke tu heheh

HaSue said... [Reply to comment]

wkumsalam kak..a'aa best jer jd sayur..hihi..tak laa kak,beli..yg cili besar ni x berapa jd lak bila dtanam..

Mas said... [Reply to comment]

perrhhh..sue..
sedapp tu...
makan ngan nasi panas dan ikan goreng dah cukup sedapp tu....

K.Nor said... [Reply to comment]

meh mas, kita makan kat rumah sue dah la mlm ni..

sue... goreng ikan dan bg kicap botol jer pastu nasi panas2 2 pinggan ya.. akak nak air suam panas jer tau.. :P

Kak Sam said... [Reply to comment]

Asslamualaikum...
Salam kenal. Selalu nampak hasue. Tapi segan nak tegur. Malam ni cuba memberanikan diri. 1st time tengok menu cam gini. Cam best je. Dalm peti pun ada banyak cili hijau tu. Hehehehe...
p/s: baby 2009 tak boleh join ke giveaway kat atas tu. Boleh laaaa....

CikGu NOr said... [Reply to comment]

salam hasue...semalam akak goreng cam gini gak tapi guna bendi ..x pernah lak ngan cili...buleh try ni!

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
ha'ah laa mas,kalo buat bekal gi kebun pun sedap nih..tapi tak kuasa laa aku nak bawa bekal gi kebun kat blkg umah ni jek..ye tak?hahah

HaSue said... [Reply to comment]

@K.Nor
amboih kak..sampai2 jer terus ngoder yek..akak bawak skali tak puding jagung smlm..nak lengkapkan sampai ke dessert katekan..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Sam
waalaikummussalam kak..salam kenal2..jemput ler..lahai kakkkk,apa laa nak disegankan ngan sue nih*tepuk lembut lengan kak sam..
sue lagi sukaaa akak tegur ni haa..hehe..
boleh laa cuba nanti goreng cili hijau tu kak..kalo banyak beno anta laa ke sini skali..ekeke

p/s gak: yg tu khas untuk yg melahirkan 2010 kak..maaf ye..insyaallah ada rezaki lenkali ada GA lg utk semua leh join =)

HaSue said... [Reply to comment]

@CikGu NOr
w'kumsalam..ooo..yeke?leh try ngan cili lak nanti..kot2 kena ngan selera akak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...