Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, September 1, 2009

Ikan Bawal Golek

Salam 1 September.. :)
Semalam ikut hati nak masak ayam lagi..tapi asyik2 menu ayam boring juga kang..
Walaupun dimasak cara berbeza,tapi kari juga yg akan meruntun jiwa..hehe
First time laa buat ikan bawal golek nih..resepi dah lama dalam simpanan... Cuma aku tambah bahan2 tertentu jer..ikut selera kita yang nak makan nih ye tak...
Yang penting bahan sedia ada tak dikurangkan...ehe..

Ikan bawal golek nih,rasanya ala2 rendang gitu..
Cili aku kurangkan sedikit khuatir juga anak2 tak nak makan kalau terlalu pedas..
Tapi bila dah cedok pinggan kami suami isteri lenyek laa cili api kat pinggan..
Cik abang makan bertambah2..banglong pun 3,4 kali tambah..(tambah sikit2 laa..hee)
Memang berselera betul walaupun menu nih agak simple juga dibuat..
Ikan bawal tu memandangkan saiz tak besar aku masak sampai 3 ekor.hikhik..anak2 memang suka bawal nih..
Lagi satu, resepi asal patutnya ikan nih dipanggang,tapi oleh sebab aku rajiinnn(pinjam ayat che'iza)..aku goreng jer laa ikan bawal tuh..heeeee

Bahan2:
  • 1 ekor ikan bawal
  • 4 tangkai cili merah*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 1/2 biji kelapa- sy guna santan kotak jer.. :P
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam serta serbuk perasa secukupnya
  • Cili padi -diketuk >yang nih ikut selera
  • serai-diketuk
Cara2:
  1. Ikan bawal dibersihkan tapi jangan dipotong dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian panggang sehingga masak.
  2. Bahan bertanda * digiling/dikisar halus.
  3. Kelapa diambil santannya. Setelah itu masukkan ke dalam periuk semua bahan giling/kisar tadi bersama santan,jerangkan ke atas api sederhana.
  4. Sambil dikacau perlahan-lahan tambahkan asam gelugur,garam serta serbuk perasa secukupnya.
  5. Biarkan ia mendidih seketika,tuangkan sedikit kuah semasa ia sedang cair ke atas ikan tadi.
  6. Bakinya masaklah sehingga pekat, bila sudah pekat tuangkan ke atas ikan semasa hendak menghidangkannya.
Kalau nak tambah daun kunyit yang diracik halus pun best rasanya nih..memang sedapp..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Jard The Great said... [Reply to comment]

peh.. sedapnya!!!!!!!!!

minTanG_teLip2 said... [Reply to comment]

YumY2 DiLecEs. . . ikAn inEh pAsti tergulek2 d kerjA An uLeH k.suE. .HuE~

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

resepi nih bleh buat untuk ayam golek tak hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

Jard The Great > aik?mana tahu nih?hehe

minTanG_teLip2 > sian bawal tuh kan..he

Alimaz > rasanya memang boleh laa zila..try la k..wat pedas sket..sedap tau...cam rendang gitu.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...