Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, September 16, 2009

Rendang Ayam Perak


Macam raptai raya la pulak dah wat rendang2 nih..huhu
Tengok kat umah kakyung semalam rasa teringin juga...
Tapi tak tau lah beza rendang ayam perak nih ngan rendang ayam sarawak yg aku biasa buat tuh..hehee...bahan2 pun lebih kurang sama jek...cuma rendang biasa tak letak pati ayam
Mungkin di sana perbezaannya..Apa2 pun rendang mana2 pun memang sedap makan dengan ketupat atau lemang atau hanya nasi putih sahaja...
Aroma dari daun kunyit nih memang boleh membuka selera...sedappp...

Meh layan resepi dari umah kakyung hana yg sedang sarat tuh..ntah2 sekarang ngah meneran..hehe..semoga selamat semuanya ya kak :)
Resepi asal dari kak pah dan mat gebu tp kopipes dr umah hana/kak ina jer yer..mekasih buat semua yang terlibat.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam, potong ikut suka
  • 400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
  • 3 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 1 kiub pati ayam "Maggi" (mat tak letak)-sue x letak gak,takde stok :P
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 - 5 camca besar cili kisar (mat ganti dengan 20 biji cili padi) - hana pong!-sue guna cili kisar 2 camca..pedas manja2 je anak2 bleh makan
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugor
  • 10 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 4 inci halia*
  • 5 batang serai, dihiris*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
Cara-cara
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan no 1 hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Masuk pati santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam, kiub ayam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka- hana pong sama). Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.
  4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda.
Lagi satu,rendang dan masakan kari nih rasanya yang membezakannya dari segi kepekatan saja kan..dan daun kunyit yang diracik halus tuu.
Masakan kari biasa yang diletak santan dan kerisik,masak hingga pekat dengan api perlahan..jadilah rendang...kalo berkuah dah jadi kari biasa,betul tak?hehee...
Sila betulkan kalau salah yer :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

ain said... [Reply to comment]

terujanya tengok rendang sue!!! bak sini semangkuk!!

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Rendang ayam lagik!!! Love nak jugak!!! ;) kekeke ..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sue.ini membuatkan sy xsabar nak raya nie...sedap

Maiyah said... [Reply to comment]

salam.. nape ler skrg kalo tgk mmg selero ler sesgt tapi bila makan tekak tak bleh terima lagi ayam n daging huhuhu.. bleh makan yg pedas2.. tapi rendang tu ttp belasah ngan nasik jer pun takpe tanpa daging

HaSue said... [Reply to comment]

K ain > semangkuk manakan cukup kak..nahh..amik mangkuk jer,udah...hihi :P

LOVE > Nak mangkuk gak?nahh...amik yg kecik ye..hee..kalo nak isi rendang gi masak sendirik.hikhik

Hanim > sabarrrr2...nih bagi semangat nak raya jek..hehee...sedap kan makan di hari raya :)

K maiyah > wkumsalam kak..lor...agaknya masakan tuh x kena dengan selera akak kot?kalo gitu lenkali akak antar jer ke sini yer..pintu umah sue sentiasa jer terbuka menerimanya..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...