Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, September 8, 2009

Kuih Puteri Ayu

Ayu tak si puteri kali nih?hihi....versi tanpa tahi lalat yer..guna 'pay n lepli'..hikhik
Ini kali kedua guna resepi mama kastam nih..kali pertama buat hari tuh versi bertahi lalat sebab malas nak buang kulit kelapa yang hitam tuh.huhu...
Kalo kat tempat aku kan..kuih nih x femes sangat beberapa tahun lepas..ramai yang tak tahu nama pun..pulak tuh yang dijual tuh kan lom tentu sedap..aheh..Nak sedap sila wat sendiri kan..sukati jer nak tambah lemak ke,manis ke..masin ke...masam jangan pepandai letak laa kot.hehe

Bagi kawan2 yang mungkin ada nostalgia atau kenangan makan kuih nih kat surau lepas terawih tp x pernah buat sendiri,sila laa cuba buat ya..acuan dah biasa tengok kan?hehe

so kali nih juga aku sertakan resepi juga ya..Thanks lg skali mama kastam tioman

Bahan2(55 biji)-sue buat separuh adunan,dpt dlm 22 bijik
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Lom rasa lagi...tp buat sebelum nih dah rasa..memang sedap n gebu.x bantat.hehe
Nih ler menu kuih untuk hari nih..
Kemain semangat nak buat ek..bukan apa..yg boleh dibuat awal tu kita awalkan ler..kononnn..heh heh

Apa2 pun,selamat berbuka puasa ya semua :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Anonymous said... [Reply to comment]

Gebunya nampak...tertarik..menarik..kau mmg debom...heheh

miss ahjumma said... [Reply to comment]

hishh...tak leh ku tatap lelama..leh batal pose ku...hehehe

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

comei nyer puteri tue yer...tergoda i tau..

Maiyah said... [Reply to comment]

salam.. wah sama ngan ayu.. heeee

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

sama ayu dengan namanye... hehehe

Siti said... [Reply to comment]

k sue: alahai..tertarik sungguh kuih tu...bila la siti punya kerajinan nak buat..huhu..mintak ksuenye la sikit.

HaSue said... [Reply to comment]

LEEN > gebu dipandang enak dimakan..hihi

watie > aiseh...cam nawaitu jer tuh..ekeke

Alimaz > i memang nak gode u..awww :P

K maiyah > wkumsalam..ayu mana ni kak?hehe

kRina > mekasih2..hiks :)

Siti > bila2 masa jer siti..hehe...kalo mintak ngan ksue kena mintak byk tp dpt sikit..heeee

Unknown said... [Reply to comment]

Selamat Sejahtera. Kawan kawan!!! Nak tak income Rm900 sehari??..FREE REGISTER... Tiada
apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak
rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari
orang, tak perlu jual barang.. Anda
perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat
USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy
ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter,wechat,wassap dan sebagainya..
setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10
×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc
bank anda atau CEK dipos ke alamat rumah anda.. Ramai yg dah register
PERCUMA..cuba klik link ni tak salah mencuba kan.
http://peruserpaid.com/?ref=36640

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...