Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 17, 2009

Kek Batik Jawa

Mungkin ramai yang tengok kek nih sudah biasa sangat..
Tapi dah servay gak..satu resepi tak sama dengan yg ini...
Kek nih kalo masa aku masih kecik memang jadi hidangan wajib di hari raya.
Sekarang nih hari biasa pun boleh tengok org jual..

Nama kek batik jawa nih memang asalnya nama gitu ya..sejak azali..
Tak tahu la ada kena mengena ngan mek jawa sedunia ke tidak..huhu
Tapi rasa kek nih memang x luput ditelan zaman...
Tak ramai yang tahu proses membuatnya supaya nampak lebih kemas..(kek aku nih pun x kemas..malas nak mekap2...malas juge nak susun elok2..nak cepat jekk..haha)

Sukatan pun main taram jek(pinjam ayat kak tun)..buh serbuk milo lebih..hehee...
Sedap woo..dimakan sejuk..
Pastu sungguh tahan lama sebab resepi nih x letak air..
Amat sesuai sebagai kek emergency jika ada teamu datang mengejut..aheh
Nak naip resepi nih..tapi resepi dalam cawan...kang ader lak request dalam gram..so kemudian lagi lah jawabnya ya.. :)
Masih dalam kebizian nih.tp tetap nak update blog(oklah kan,update la juga..hihi)

Kek nih dibuat atas permintaan suami terchenta..
'Nak ceklat lebih ye yang'...sekali terbanyak gak letak roti..tuh laa..main taram lagik!hikhik
UPDATE:

Pada mereka yang teringin nak cuba,di sini Sue sertakan resepi-(very basic). Juga tips2 sekali..semoga ia bermanfaat untuk kita bersama... Jika ada kawan2 yang ingin menambah tips,sila2 lah ya :)

Bahan2:
  • 330g mentega/marjerin-kali nih sue guna brand puteri peket hijau tu
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 5 biji telur-gred c
  • 1/2 cawan susu pekat/krimer manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 bungkus biskut marie cap ayam(ikut banyak mana nak letak)(biskut nih lebih putih dan sesuai digunakan)-JANGAN DIPATAH2KAN
  • 2 cawan milo/vico(letak lebih sikit pun takpe)
  • 1 sudu besar browning sugar / choc. emulco -untuk warna lebih gelap
Cara2:
  1. Pukul mentega/marjerin bersama gula sehingga sebati,masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  2. Masukkan esen vanilla,susu pekat dan milo/vico. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Sementara itu,sediakan loyang/bekas yg sesuai. Alas dengan plastik keseluruhannya. Ketepikan.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau sentiasa sehingga adunan bertukar warna dari coklat kepada kehitaman dan mula memekat
  5. Apabila sudah pekat keseluruhannya,baru masukkan biskut marie. Pastikan jangan sampai pecah minyak kerana ini akan menyebabkan minyak meresap ke dalam biskut dan membuatkan biskut lemau/tidak rangup
  6. Cedok dalam 2 senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan..-Cadangan>gunakan beg plastik yang kecil dan di dalamnya dilapik kitchen paper yg dilipat tebal untuk menekan adunan,elak dari panas
  7. Tekan padat adunan supaya nampak kemas. Pastikan juga dkemas bahagian penjuru loyang/bekas.
  8. Apabila sudah rata,masukkan lagi adunan dan ulangi langkah tadi sehingga adunan habis.
  9. Sekali sekala,hentakkan loyang untuk memastikan ia benar2 kemas dan teratur.
  10. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati bila2 masa.
Tips Tambahan:
  1. Elakkan daripada menuang SEMUA adunan sekaligus ke dalam loyang kerana ini akan membuatkan susunan biskut tidak menentu dan kurang kemas.
  2. Elakkan juga dari mematah2kan biskut kerana biskut yg dipatah2kan akan menjadikan kek kurang kemas bila dipotong..
  3. Tujuan dialas dengan plastik pada loyang adalah supaya senang untuk dikeluarkan dan masih kelihatan kemas..
Tapi alhamdulillah...cik abe puas hati..rasa manis skit kat kek ceklat tuh di kaver oleh biskut marie yg masih rangup... :)

Kalo ada resepi yg sama nak juga copy n paste jer kan...nih takde plak..huhu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Komen Di Sini:

ain said... [Reply to comment]

ala sue...tepek le resipi, guna cawan lg best. x yah kuarkan scale.hehe

deeja said... [Reply to comment]

woi berkek batik gak.Akak pun br je wt.Sekejap je abs.Kak Deeja pun men taruh je...takde sukat2 yg betoi.hihi

HNM2110 said... [Reply to comment]

mak hishwa dulu mula2 belajar buat kek batik (kitorg panggil biskut milo - rasa lbh tepat sbb takde ciri2 kek pun) dr org bugis, yg mmg terkenal suka manis,tak sangka ada version jowo punya, pun tak letak air, jd rangup tak mcm kek batik skrg, lembut, cuma bab nak mengacau tu ada berat sikit, lenguh2 tangan sbb kami buat takde kecil2an punya, pakai kuali besar dengan centong kayu panjang, blh beri kaum kerabat, tambah letak kacang tanah goreng tanpa minyak, siap ada acuan loyang 3 segi & separuh bulat lg, cantik je bila potong

maiyah said... [Reply to comment]

salam.. kek batik nampak cantik warnanya.. adik sy ituhari ada dpt kek batik nuh dr kekawannya tapi tak makan sbb tak bleh nak makan manis2

LOVE said... [Reply to comment]

Nak kek! tolong bagi sedikit! kihkihkih! ;)

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ain > okeh..dah tepek resepi kak..hehe

Kak deeja > kalo dah biasa gitu ler...kan.hihi

HNM2110 > wooo...gitu ke?seronok ek buat ramai2 nih..mesti meriah jer...kek nih memang dah nama gitu..x tau la asal sebenar dr mana...tp kalo sue buat memang basicnya gini...kalo suka leh tambah nestum ke sebagai perisa..
Betul tuh,sekarang nih biskut marienya cam lemau..nak makan pun cam x besh jek.huhu..mungkin sebab kandungan ait tuh kan.hehe...anyway,tq hishwa sudi kongsi info :)

K maiyah > wkumsalam...kalo org kencing manis baik elakkan makan kan kak..kalo yg takde tuh sekali skala apa salahnya an kan..heeee

LOVE > hoihh...dahhh..gi sana wat sendirik!ahak :P

Syafini Rashidi said... [Reply to comment]

Kek batik kalau tiga, empat hari tahan tk ? Tertnya tnya pulak hehe. Rasa sesuai tk kalau nk hantar kt org guna poslaju ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...