Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, September 11, 2009

Bubur Pedas Sarawak

..lagi?yer...lagi!Kata peberet di bulan posa kan...Nih menu semalam ya.
Tapi kekurangan daun kunyit lah pulak..
Sebabnya kunyit yg kat halaman umah tu segan nak tumbuh..huhu
Bubur pedas nih kalo takda daun kunyit sungguh kurang rasanya...sebab tuh aku sanggup togelkan daun2 kunyit yg kat pon
Bubur pedas nih sungguh sedap dimakan begitu sahaja...sebelum nih dah citer panjang kan..nih kena pendekkan sedikit..hehe

Kat sini aku sertakan resepi mudah untuk basic nak membuat bubur pedas sarawak...rasanya takde bhn tertinggal..kalo ada nanti update balik..

Bahan2:
  • 2 tangkai cili merah*-kalo nak betul2 pedas tambah cili api
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 200g ayam-potong kecil
  • 100g bumbu bubur pedas-campur 3/4 air-jadikan pes
  • 1-2 biji kentang-potong dadu kecil
  • sayur midin,kacang panjang,putik jagung,cendawan hitam,fu cuk,suhoon, (boleh ditambah ikut citarasa)
  • 2-3 helai daun kunyit-racik halus
  • 200ml santan pekat-sue guna santan kotak jer
  • Garam,perasa dan sedikit gula jika perlu
Cara2:
  1. Panaskan minyak,tumis bahan berkisar sehingga wangi
  2. Masukkan rempah/bumbu bubur pedas dan tambahkan sedikit air...kacau selalu untuk mengelakkan bumbu hangus.beras yg terkandung dalam rempah akan mula mengembang
  3. Masukkan ayam dan kentang..masak hingga masak/empuk
  4. Tambah air lagi jika belum masak..
  5. Bila sudah masak,masukkan sayur2 lain yang semuanya sudah dipotong kecil2.
  6. Kemudian masukkan suhun dan kacau lagi
  7. Setelah sekata,masukkan santan pekat dan bahan2 perasa. Kacau sentiasa..
  8. Sebatikan kepekatan kuah dan rasa. Masukkan daun kunyit pelengkap rasa..sedia untuk dihidangkan,
Biasanya bubur pedas tak pedas sangat pun...ada yang tak pedas langsung..
Tapi kite masak..kite ler ngejasnya yaa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

Neeza.Areef said... [Reply to comment]

lom penah merasa bubur pedas nih

Juls Julie80 said... [Reply to comment]

assalam kak..

mun tambah kulit sapi ngan daun singkil agik laa mabeles kak...tp sygnya kat melaya tok susah mok carik daun ya...

bok marek nangga bubur pedas tok kat tv3..rindunya mok balit mukah..uwaaaaaa..!!

Unknown said... [Reply to comment]

Nmpk mudah tringin nk buat. Kt mana nk bli bunbu bubur pedas ni. Kalwu area penang nk bli kat mn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...