Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 17, 2009

Kek Marjerin Marble

Kek nih bukan untuk raya ya..tapi untuk hubby bwk ke surau mlm td,ada pertandingan membaca Al-quran untuk workers kat sini..


Turut kelihatan,kek marble pandan di sana..sungguh ceria nampaknya kek2 ku ini..hehe.
Resepi pun simple jer..kalo ader sapa2 nak boleh request kat petak komen yer..
Tak nyempat2 nak naip laa sekarang nih..keje banyak..huhuuu..
kalo ada yg request leh update kemudian..
kalo takde yang request,akan di update kemudian gak..tapi lambat sket...hihii

Selain dari kek nih aku buat ler donut juga..
Mulanya nak goreng cempedak sekali,tapi sedihnya cempedak tuh buah jer besar..isi sikitt jerk...huhuhh...

Bahan2 (Loyang 8.5" x 8.5")
  • 330g Marjerin (Sue biasa gunakan jenama PUTERI)
  • 420g gula pasir
  • 300g tepung gandum
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 7 biji telur gred B
  • 1 penutup botol esen vanilla/ perisa pisang (salah satu)
Cara2:
  1. Panaskan air pengukus terlebih dahulu (air pengukus isikan hampir penuh)
  2. Di dalam bekas,pukul marjerin bersama gula pasir hingga sebati
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul kelajuan sederhana
  4. Setelah sebati,masukkan esen vanila atau perisa pisang dan sebatikan.
  5. Masukkan susu pekat dan ayakkan terus tepung ke dalam adunan.
  6. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan.
  7. Setelah semua kelihatan sebati,gaulkan adunan menggunakan senduk-ini penting untuk hasil kek yang benar2 sebati dan tidak berminyak akibat adunan yg tidak sebati
  8. Bahagikan adunan pada 2 bahagian-warnakan kepada 2 warna pilihan. Jika mahu lebih warna...bahagikan adunan pada beberapa bahagian lagi.
  9. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam tengah2 loyang yang sudah digriskan marjerin dan ditabur tepung(rata).
  10. Adunan tadi dilapiskan lagi dengan warna seterusnya benar2 ditengah2 adunan pertama. 'Henjut'2kan adunan mengunakan senduk setiap kali menambah lapisan untuk mengemaskan corak marble nanti. Buat begitu sehingga adunan habis.
  11. Pastikan air kukusan sudah mendidih dan kukuslah kek selama 1 jam atau sehingga kek masak. (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air menitik di atas kek)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Ms~M@T@HaRi^Z said... [Reply to comment]

salam kak sue...sy baru je follow kak sue since yesterday...tertarik pada cake nie..nampak sangat yummylicious!
kak..sy nak tumpang tnya, sy xpernah wat kek kukus, but teringin..kalo pengkukus sy kecik, boleh x pas dah siap wat adunan sy letak dalam dua loyang n kukus?
maaf ye kak..bru cuba2..kureng ilmu hehehe!..
hpe u have a pleasant day sis!

HaSue said... [Reply to comment]

@Ms~M@T@HaRi^Z
waalaikumussalam..trm kasih ye sudi jd follower blog ni..
kek ni mmg sesuai utk basic belajar buat kek..
nak letak dalam 2 bekas tu x jadi masalah..nanti bahagi la adunan tu..kalau nak buat separuh adunan kek ni pun boleh..sebab kek ni guna loyang 8 1/2x8 1/2..agak besar juga.. kalau utk minum2 ptg bersama keluarga rasanya separuh adunan dah mencukupi.. selamat mencuba ye..hrp2 kena dengan selera :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...