Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, September 6, 2009

Cucur Jagung

Nih kuih untuk hari nih...guna jagung segar dari ladang "mini" garden tepi umah nih..hee...
Memang best jer resepi nih..biasa guna bikarbonat jer,nih guna yis lak..
Memula tuh pelik gak adun guna 3/4 cawan air,pas dah buat baru paham..
Sapa2 dah try mesti dah dapat bayangkan kelembutan cucur nih..
Sue tambah bawang merah ditumbuk lumat untuk menambah kelembutannya..sori yer kak nor..eheee...
Dah biasa letak bawang merah sebab kelembutannya dah terbukti.cewah.. :D
Pastu nak perabis stok kacang panjang sket n lobak merah..semua potong kecik2 n campak dalam adunan..
Sapa2 yang belum try lagi resepi nih..sila2 lah ya.senang dan sedapp....Opps! :P sori bg yg berpuasa..ehee

Resepi c n p dari myR..thanks kak nor..again! :D

Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )

  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula
  • daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
Nampak tak tuu..lembut jer kan..masih panas2 lagi nih..heee...
Selamat berbuka puasa!! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

HASNAH said... [Reply to comment]

Allaaaa ni yg malas nak bukak tenet time berbuka...ni kecur tgk cucur jagung yg mmg jd kegemaran nih...nak ckit...

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

salam kak sue terima kasih saya dah amik...tunggu jagung tak berapa nak boleh pungut lagi...mertua tanam...heheheh

HaSue said... [Reply to comment]

K HASNAH > nak banyak pun boleh kak...tp kena laa buat sendirik yer..hihih

Alimaz / zila > wkumsalam...ur welkam..kena tunggu dah benar2 sesuai nak tuai tuh zila..hehe

HaSue said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...