Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, September 5, 2009

Apam Mekar Ramadhan

Amboii2...ceria jer apam nih..hehehh..
Ubah sket nama tuh sebab dibuat semasa bulan ramadhan,buleh gitu?hehee...
Buat setengah adunan jer..kali nih tuko susu segar tuh menggunakan air soda..
mekar gitu...kat umah nih bukan luak banyak pun,diberi juga kepada jiran2 dan bukan jiran(keluarga angkat) ..
Suka jer nak buat sebab suka tengok ia mejadi..

Resepi c n p dari myr,thanks to rossitamz / kak ita :)

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

* 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 200 ml susu segar-kali nih guna air aiskrim soda
* 300 gm tepung gandum
* 1 sudu kecil ovallate
* Pewarna (ikut suka)
* Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Memang lembut jer apam nih..yang penting tuu...tak berbau telur laa.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Komen Di Sini:

Ann said... [Reply to comment]

wow...apam u...merkah² lagi...mesti lagi sedap rasanya sebab guna aiskrim soda...

Floral Cakes said... [Reply to comment]

waaahh...lawanya apam...kembang mekar n gebus lagi..mesti sedap tuh!!..

minTanG_teLip2 said... [Reply to comment]

chAntek kaLe ApAm UuH. . .WeE~

ieda said... [Reply to comment]

waaaaaa dik mengiurkan apam itu ... huhuhu
wish kalau akak pandai buat ... oven punn x der ..

huhuhuhu tumpang tgk jerlahhh

mummyseri said... [Reply to comment]

wah mmg mekat betol..suke la tgk..kite wat x pena semekar ni mekar citit aje..huhu :( x pndai wat la kite ni kan kirenyer...

K.Nor said... [Reply to comment]

aduhai sue, mekar berjambak2 nyer apam tu.. akak buat selalu fail la ..

HaSue said... [Reply to comment]

Ann > mmg sedap lagi rasanya sebab ada perisa aiskrim soda.. :)

surisarawak > memang sedap n lembut sangat..hee

mintang_telip2 > santek ek..nak seketui x?opss..pose! :P

K ieda > kak...apam nih kukus laa kak..bukan dibakar..hehee..

mummyseri > tr pukul lama lagi telo n gula halus tuh..pastu air jangan guna yg sejuk..

K.Nor > try laa resepi yang nih kak nor..bukan jer mekar rasa pun sedap n lembut jer..hehe

riaputih said... [Reply to comment]

Salam, frust sangat ni sebab 1st time buat tak menjadi, mekar sikit je, liat pulak tu...mungkin sebab guna blender kot... Kena guna mixer ke? Today nak try lagi, gerammmmmm!!

HaSue said... [Reply to comment]

riaputih > wkumsalam..lahai yeke? kena guna mixer rasanya sebab guna blender tak berapa kembang dan gebu,cuma sebatikan adunan ajer...Rahsia nak apam ni kembang mekar adalah semasa memukul telur dan gula halus tu..kalau dah pukul benar2 kembang dan bila letak bahan2 lain pun leh rasa adunan tu 'ringan' jer..insyaalah akan mekar berkembang dan lembut apam tu.. Jangan lupa panaskan air kukusan dulu..jangan putus asa yer.selamat mencuba.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...