Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 8, 2011

Dapat Award Dari KakJee dan Julia

Yeyyy..Hamboii2..suka naa..dapat award! EH? dah musim award ke?hehe..

Mula2 tengok tadi ingatkan beautiful blog..rupanya blogger beautiful ye..nak perasan buleh?hahak..

Sebenarnya baru online balik petang nih sementelah tenet amat slow dari pagi tadi..nih pun line jap ok jap tak ok.huh

Dah online,tengok2 kat fb kjee suh amik award, pastu tengok kat cbox blog ni lak julia suh amik award gak..jadi sekali harung jelah ngambiknya...award yang sama katakan..
Pas singgah amik kat umah Kjee yang femes dan gemar berceloteh tentang isu semasa juga pengalaman menjadi orang filem tuh,terus meluru masuk tanpa warning lak jenguk umah Julia,..sibbaik anaknya Aaron yang comel tu tak terjaga dari tido. hehe..


Tapi Kjee kata award nih ada syaratnya, Syarat untuk angkut balik award ini adalah kena senaraikan 7 perkara yang orang belum tahu mengenai diri kita..haaa,jangan pandang remeh bila blogger buat entri pasal award atau tag,kerana kadang2 dengan entri tu laa kita kenal cara penulisan dan boleh kenal lagi serba sedikitt pasal blogger tersebut..lagi2 blogger masakan ni jarang cerita pasal ni..
ehem2.. aku nak cerita 7 perkara apa ya pasal diri aku yang boleh jadi korang tak tahu lagi..erm..ermm..

7 Perkara yang korang tak tahu yer..meh tengok.
  1. Aku seorang perempuan.eh tu mesti korang dah tau kan..aku seorang anak perempuan dari 12 orang adik beradik seibu sebapa(6 lelaki dan 6 perempuan) dan kini seorang ibu kepada 4 cahayamata(2 lelaki,2 perempuan)
  2. Berkahwin di usia yang muda sebab suami tak nak tunggu lama2 takut kena kebas orang katanya..ahahak..statement tak boleh blah! ;P
  3. Dalam keluarga aku,semua suka bergurau senda(termasuk ayahanda sekali) dan bila berkumpul memang agak riuh rendah la sebab tu masa hari raya memang meriah jer..waa,tetiba rindu kat keluarga besarku.
  4. Suka saat2 kehamilan dan melahirkan(kecuali saat morning sickness). Sebab tak semua wanita berpeluang menghadapi saat indah itu..bila ngenang anak menendang dalam perut.ohh..best. Lagi best bila melihat anak keluar kali pertama tu..syahdu dan bahagia.
  5. Aku sentiasa rindukan kawan2 sekolah aku terutama yang rapat ngan aku masa sekolah dulu. Sedih juga bila buat reunion tak semua sungguh2 nak datang. Mudah2an bulan 9 nanti dapat jumpa lebih ramai rakan2 sekolah dulu.
  6. Aku suka aktiviti luar cuma tak berpeluang sangat nak merealisasikannya..Tunggu anak besa sikit ni baru laa kita boleh buat aktiviti luar seperti memancing ke laut,naik gunung ke, masuk gua mulu ke..kjee?nak ikut?hihi
  7. Lappy aku hampir setiap masa online,cuma sangat2 bergantung kepada broadband celcom ni sebab tak boleh sambung streamyx sebab kat sini tiada talian tetap. Jadi ada masa aku balas kunjungan blogger lain dengan lajunya tu maksudnya tenet ok,kalo senyap tu selalunya,tak ok.(ni mungkin ramai dah tau,tapi nak jugak bagitau)
Oklah dah 7. Ikutkan macam nak taip lagi sebab rajin kan,tapi udah2 laa ,orang nak 7 jer..hee...

Jadi 5 orang lagi yang aku nak tau 7 perkara pasal mereka yang aku belum tahu lagi adalah;
  1. Kak Nor
  2. Kak Rosaliza
  3. Izahdaut
  4. Anna Qawina
  5. Kak Anymz
Ikutkan hati aku nak senaraikan lagi beberapa orang ni,tapi 5 orang je peraturannya kan..huhu..kak nor,walaupun pantang ditag,aku nak tag juga..haha..sebab nak kenal dengan mereka ini lebih rapat lagi.hee..
Semoga kita dapat saling mengenali lebih rapat lagi yer..

Akhir sekali,terima kasih kepada Kjee dan Julia yang sudi memberi award ini kepada saya.. Harap berpuas hati dengan jawapan ye.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

sue.. kenyataan number dua tu kami nak compomesen dari en suami. sila en suami tampilkan diri.. hahaha

eh ko nak tau apa lagi ek pasal aku. tinggi aku dah tau.. berat aku dah tau.. nama penuh aku dah tau...aaa number akaun aku ko tak tau lagi kan kan kan... ikikikiki.. aku bagi number akaun tu paham2 jelaaaa

anymz said... [Reply to comment]

ha'ah,akak pun nak bagi no akaun gak kat ko sue..no ic nak sekali tak?..no surat beranak ke,bangsa akak pun nak tau tak?..eh!..nanti lah akak bagi tau ya..

julia said... [Reply to comment]

ramai tol adik beradik k.sue klu raye nnt kompom meriah.

ibundo said... [Reply to comment]

salam hasue. pekabo..
sarapan apa harini.

K.Nor said... [Reply to comment]

aduhhh garu kepala tengok tag ni... nak cakap apa yg org tak tau lg ek.. dah la jubah putih tak rendam nila lg ni.. tudung tak pasang batu lip lap lg.. suuuuuuuuuuuuuuueeeeeeee... sampai hati mu bg soklan payah nak jawab gini .. huh.. skip jawab aci tak? angkut award jer .. takper la.. tak naik stage pun, amik kat belakang stage aje boleh kan.. kan.. hehhe

Anna Qawina said... [Reply to comment]

jap..aku baru tgk nih..mak aiii..bnyk benar ko nak tau yer..apa aku nak bgtau nih? cer ko tlg aku bgtahu apa benda ttg aku yg ko tak tahu? tahu? bagitaula..hakhak..
pst : nak bg no akaun gakla..siap ngan alamat rumah & poskod sekali..buleh yer..hahahaha

Mas said... [Reply to comment]

sue....he.he.he..
yang no 4 tu aku suka....
rasa banyak kali mengandung pun tak pe...
yang no 2 tu...sama macam izah...en somi yang kene tampilkan diri.. hahaha

dahhh abiss baca...hulur la donut tu..

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue...award tu akk suka sangat, tapi tang tag tu, mcm payah je nak jwb dialam maya, lagi pun akk rasa sue pun dh lebih dari 7 tau pasal akk kn heheh

akk amik award je sue ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...