Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, February 11, 2011

Resepi: Roti Goreng Rangup

Selamat pagi Jumaat wahai kawan2 blogger dan bukan blogger sekalian..
Bangun pagi tadi sejukkk sesangat kan..tak kuasa aku nak bangun awal tapi semenjak ada handbag hidup(pinjam ayat kak nor ganu) nih,takyah susah2 pikir nak tido balik pepagi okeh..hee..bangun sebelum subuh terus bangun jelah..huhuuu
Dapat pulak handbag jenis genuine leather nih..tahan lasak laa skit kan..nama je genuine,tapi kaki calar dah tu pasal lasak sangat..
Aaa..tu lom termasuk handbag yg main kepit ni haa..ehee..cuma sekarang ni dia dah ok sikit..tak nangis secara semberono jer.Dia dah mula faham aku, aku dah faham dia..kitorang mula saling memahami..hihihi
sibbaik yang 2 tu dah jadik beg beroda..senang sikit nak handle..akaka...merepek pepagi lak ek..saja nak bagi semak paler otak korang..hakhak..

Jom semak menu yang sedang berposing nih..

Nih menu simple wat minum petang semalam..Aku potong kepada 8 bahagian roti yang dah diintikan tu..kecik2 senang nak mamam..hee

Pastu bancuhan tepung(batter) tuh kan ada berbaki lagi,jadi aku simpan dalam bekas tertutup..buh dlm esbox. Boleh lak guna untuk goreng roti sebelah pagi ni..kalau pekat buleh tambah sedikit air ye..dia pekat masa baru kuar dr peti sejuk tu aje,dah lama2 dia normal balik sebenarnya..

Rasanya dah ramai yang cuba resepi mudah ni..
Mak nenek kita pun ada yang dah biasa buat..
Bila dah biasa,kita tak payah sukat2 dah..campak tepung,buh marjerin sket,buh garam sket,buh gula sket,pewarna kuning sikit...pastu bancuh ngan air.. dah jadik!

Tapi untuk memudahkan mereka yang nak cuba sendiri..aku tampalkan juga resipi kat sini ehh..mudah nak rujuk kan..resepi nih dah share kat myresipi.com. Boleh tengok sana(klik!) kalau nak tengok hasil roti kawan2 yang sudah mencuba..mekasih.

Roti Goreng Rangup >> HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

Roti ni rangup diluar tapi lembut lagi kat dalam..sedap makan masa panas suam-suam nih..melainkan korang kebal macam ijahdaut tu takpe laa nak makan terus sebaik saja lepas angkat dr kuali..kakakakah

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Komen Di Sini:

Deliah's Deli said... [Reply to comment]

sue..dulu2 mak pnh wat camni tp letak inti sardin...*erm,tetiba jer sy teringat kuih bakul goreng kapit ngan keledek...roti ni pun blh bt gitu kan tp mana nak cari kuih bakul :))))

izahdaut said... [Reply to comment]

kurang hasam betul ko sue... hantu btul.ko ingat aku tak nampak ko ngumpat aku tu..cesss...
goreng roti jeke..roti je?..ni je?....buat la roti sendrik ke.roti jon ke..roti beger ke..haha...lariiiikk

.erkk belen belen tu kasi la aku sikit ye..hahahhaa...

Ida,Japan said... [Reply to comment]

sedap jugak ya sue..buat roti cam gini...ranggup2 ye

Mas said... [Reply to comment]

sue....nak lagi...
sedapp la roti kau......he..he..
nnti mas pun nk try buat roti kau ni...

HaSue said... [Reply to comment]

@Deliah's Deli
a'aa kan..mana nak cari kuih bakul..penah buat sendiri x?mintak resepi(dgn muke x malu)ekeke

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
eh?ko nmpk ke zah?aku dh guna tulisan paling kecik dh tu..hakhak :P
e'eh,yelaa..aku goreng jek..part buat roti,uli2 roti tu semua kuli aku kat bakery tu yg buat..kakaka..adehh

HaSue said... [Reply to comment]

@Ida Ddapur
a'ah..rangup2 lembut gitu..hehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

assalam sue..akk pun dh lama tingin nak buat asyik lupa je,,,pas ni kena buat gak nih

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
dah abes laa mas..nanti buat lebey ekk..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
w'kumslm kak..takpe kak,x lari roti dkejarr..hehe

anymz said... [Reply to comment]

sue,,ko dtg umah akak cakap sarawak sorang pun tak paham..puas akak cari lam kamus tak jumpa2..
ropa2nya akak buka kamus dewan..
nnti ko..akak cari menantu org sarawak lah camni.senang sikit.
bak sini dulu roti rangup nih..nak minum ptg..ala ada lagi belen2 tu kan..tak yah bagi ijahdaut. rumah dia ada byk roti..tak habis makan sbb ada 4 kerat je manusia kat rumah dia...kekekeke

tun_telani said... [Reply to comment]

baru pas lunch, dh lapar balik.. suka wat resepi yg sedap tp senang nih.. kalau sy jd gemok, sape nk bertanggung-jawab nih???? hehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue..akk dah buat roti goreng ni buat minum petang mmg sedap sangat . tq sue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...