Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, December 15, 2009

Cempedak Goreng Rangup..(seedless)

Cempedak kalo letak dalam bekas kedap udara,pastu letak dalam peti ais bahagian sejuk beku akan jadi frozen cempedak..kan..Cuma keluarkan dulu sebelum digoreng atau dimakan begitu sahaja..rasanya masih segar macam fresh gak..tak laa se'fresh' masa fresh...tp dari terbusuk gitu jer,baik difrozenkan..hehe

Panjang lak intro ek..sebenarnya dah pernah share kan camner nak goreng cempedak yang rangup lembut sebelum nih?
Nak resepi lagi ke?mesti korang malas nak belek n3 yg lepas2 kan..hehe...
Sebenarnya bahan2 nih leh agak2 jer...kadang2 marjerin banyak leh buat tepung lembik..tp lembut la..huhu..
Sukatan air lak aku bagi basic 2 cawan sebab kadang2 kualiti tepung x sama...

Kali nih aku cempedak digoreng tanpa bijinya sekali sebab guna cempedak nangka atau cempedak kawin yang besar seulas tu..kira kalo goreng seulas tuh leh muak waktu makan dibuatnya...buang biji belah 2...best laa makan...x risau ngan bijik dah..hehe

Adunan nih juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang,keledek,keladi dan sebagainya...
Boleh tengok pisang goreng kat sini(klik)

Bahan2:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 sudu mkn marjerin-melembutkan adunan
  • 1 sudu mkn gula-utk kelihatan cantik berkilat tuu..
  • 1 sudu kecil garam-merangupkan adunan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air-boleh adjust sendiri,jangan terlalu pekat dan cair
  • Cempedak masak secukupnya
Cara2:
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Masukkan cempedak dan salut dengan tepung sambil minyak dipanaskan
  4. Goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
Tip: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA!

Cempedak atau pisang yg manis akan mengeluarkan sari sendiri apabila digoreng..jadi kena pandai2 adjust gula ya...

Ohya..cempedak goreng nih hanya tinggal gambar...dah abis sekali harung oleh kitorg anak beranak...sedappp..weee :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

Maiyah said... [Reply to comment]

fulamak.. cempedak tu

HaSue said... [Reply to comment]

kak maiyah > suke cempedak ke kak?hehe

UmMi 3A/TintaCyber said... [Reply to comment]

Hasue..nak tambah petua sikit, dari my sister dan pernah kamek cuba mmg menjadi..sesudu cuka ke dalam adunan tepung pakey merangguppppkan lagi..by the way..cempedak...nang minat benar kmk...sik terbeli2 lagik cmpedak kay molah cucur...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...