Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, December 17, 2009

Ikan Kembung Tumis Berkuah

Dah lama tak makan ikan kembung yang segar.. dalam kepala dah terbayang nak hirup kuah ikan nih ala2 sup gitu..memang cam sup ikan pun..hehe

Cara memasak pastinya mudah jer..pejam mate sebelah pun boleh buat.hehe...pejam mata dua2 takut lain jadinya kang..huhu

Bahan2:
  • 6 ekor Ikan kembung@ikan yg sewaktu dgnnya. > siang dan bersihkan.
  • 1-2 Cili merah+ cili padi (letak ikut tahap kepedasan masing2
  • 1cm halia
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 Batang serai
  • Asam gelugor/ asam kandis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili, halia, bawang putih dan bawang merah. Serai diketuk
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi termasuk serai.
  3. Masukkan asam gelugor dan kacau sedikit supaya tidak hangus
  4. Setelah bahan tumis kekuningan masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam
  5. Setelah mendidih barulah masukkan ikan
  6. Renihkan seketika(lebih kurang 4 minit) dan sebatikan semua rasa.
  7. Padamkan api dan hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng(jika suka)
Tadaaa....aroma daun sup membangkit selera untuk menghirup airnya...kalau suka pedas letak laa cili banyak2 yer..pasti terangkat..

Kalau nak isi ikan lebih,guna ikan uji rashid ke(ntah apa nama sebenar ikan nih)..dan ikan lain yg seumpama ni laa..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

K Ham said... [Reply to comment]

salam.....dtg ngendap nak curik ikan 2 ekor je.....auwwwwwwwww..miauuuuuuu

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Wahhhh....Tidakkkkkk...Tengok ikan kembong tumis berkuah ni, tingat zaman-zaman duk kat hostel dulu...

Tapi kita panggil lauk ni "Lauk ikan brenang".

Kenapa panggil sedemikian ghupe? Ha ha ha ha...Hanya mereka dan mereka dan mereka saja yang tahu... He he he he

Tapi may be tukang masak tu lupe nak buh asam keping kot..Pasal tak de pun rasa masam punnn...

HaSue..Sorry yaa..inteprem kat sini jap...

Azmiezas said... [Reply to comment]

Isyy.sedapnya..dah kelaparan ni..kalau lah dapat makan masak ni ngan sambal belacan berulamkan timun pun dah cukup..mesti berpinggan-pinggan kita dapat habiskan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

lama tak makan ikan kembung..

1st time nampak masak camni..

HaSue said... [Reply to comment]

K Ham > Syewhhh!reorrrwww...haha..

Sue @ Nenie > heheheee...yeke? tuh mesti sebab terlebih kuah tuh kan..kalo masak sndiri nih jgn laa letak air lebih..cukup paras ikan jek...sedap woo..masam2 pedas gitu..hehe..

Nenie..kite lg suke org interprem tau ;)

Azmiezas > uih banyak berpinggan2 tuh.hehee...kalo sambal belacan mmg terangkat jek ngan tekak kite melayu nih kan

kak azrina > yeke kak?selalu goreng je ek? :D

blogresipi.com said... [Reply to comment]

Memang nampak segar ikan ikan tue... bestnye!

indahhouse said... [Reply to comment]

Salam kak hasue,
Uwa...! aritu, saya cari ikan kembung kat Econsave, tak jumpe. Kalu masak cenggini, ikan kembung sedap,kan? Lemak-lemak gitu. hmm.. dah mula lapar nasi lak

HaSue said... [Reply to comment]

blogresipi.com > ikan segar masak apa pun best kan ijan?hehe

indahhouse > wkumsalam..yeke?nelayan x turun ke laut kot.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...