Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, December 29, 2009

Bun Pandan Berkaya ..lagi!

Sebenarnya kan..nak buat roti menggunakan kurang dari 500g tepung rasanya masih larat nak uli dengan tangan.. kalau rasa larat, lebih dari tu pun ok jek,kan!
Tapi kalau ada Bread Maker(BM) tu, rugi laa beli kalau tak guna,kan!hehe
Bagi yang takda BM ,jangan lah ingat korang tak boleh buat roti sendiri...
Jika pernah gagal sebelum ni,jangan putus asa k..orang boleh takkan kita tak boleh.. :)

Sebelum nih aku pun tak reti buat (dan malas nak buat sebab kat umah ni kurang smbutan) tapi bila ada resepi2 menarik nih tertarik da bomb nak mencuba..
Makin seronok bila hasilnya seperti yang diharapkan.
Yang penting,bahan2 tu kalau boleh jangan laa kurangkan..nak tambah tu tak apa yer...bukan tambah kuantiti sukatan..tp macam nak tambah raisins ke..perisa lain ke..gitu la maksud saye.ehee..kalo nak tmbh adunan,macam biasa laa..gandakan sukatan bagi setiap bahan...(kot2 ade yg konfius)hehhe

Resepi asal dari siapa ek,mamafami kalau x silap(sori kalau silap) dan difofularkan oleh Cik mat gebu..hehe..
sebelum ni dah pernah buat,so pada sapa yg nak try buat ni resepinya,sekali lagi..ye!
Terima kasih buat mereka yang terlibat..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
Cara aku menguli lak,tak gunakan 'hook' untuk permulaan tu..just gunakan hand whisk jer..bila adunan dan nak melekat tu baru uli guna tangan...dah adunan sebati,uli adunan di atas sekeping plastik(14x14) yg org guna bungkus nasi lemak atau mi goreng tu. (tips ni boleh digunakan utk mereka yg ada BM juga)
Nak uli pun senang sebab tak perlu pegang doh tu.cuma uli dari luaran plastik ajer..
Mengikut tips kawan2 sebelum ni pun ada mengatakan doh yg disimpan dan diuli dalam plastik membantu melembutkan roti.. :) tq untuk kwan2 yg tak lokek ilmu ya..

Harap tip ni juga membantu terutamanya untuk kawan2 yang tak ada BM dan tak pernah buat roti..
Selamat mencuba yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

TintaCyber/DapurkuBerasap said... [Reply to comment]

petang2 cam tok mun ada bun ya sik tauk lah nak madah...nyaman ada sambil makan di minum dgn air kopi panas2...jauh gilak ktk di Mukah..mun di Kuching tek..pgi kmk rmh ktk ..hihihihii

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Sue..Nampak pun memang gebussss dan lembuttttt gituuu....Jelesss pula nengok roti kat rumah orang ni....

kat dapur sendiri, rasa nya lum bersedia lagi kot nak meroti

ima said... [Reply to comment]

salam hasue...aduh,terliur bebenar dah dengan bun pandan berkaya tu...tepung roti dah beli cuma tunggu masa yang sesuai je nak menguli...hihihi

HaSue said... [Reply to comment]

TintaCyber > yalah..mun dekat maok juak kamek berambeh umah kitak tek mbak bun tok sebekas..sambil ya ngendeng piza org ya juak.hihi

HaSue said... [Reply to comment]

Sue@Nenie > nanti dah sampai seru menjadi lah roti kat umah nenie tuh..heheee

HaSue said... [Reply to comment]

kak ima > dah beli ek kak? tak sabar nak tgk roti kak ima lak pasni..hehe

maiyah said... [Reply to comment]

adik akak wat roti slalu x jd

K.Nor said... [Reply to comment]

nak roti... nak roti... nak roti....

E-na Zarina said... [Reply to comment]

E-na buat roti x pernah lg masukkn bread improver...mesti lg gebuss roti yek?

HaSue said... [Reply to comment]

kak maiyah >yeke?leh cuba resepi ni lak kak..insyaallah jadik..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

K.Nor > alamak,tauke roti cawangan ganu dtg wat spot cek...(tutup muka!)hihih...

HaSue said... [Reply to comment]

E-na Zarina > begitulah hendaknya..hehee..leh cuba lain kali n rasai perbezaannya..cam iklan lak.huu

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sue..dah lama kan sy xsinggah cni..bkn ape kdg2 sy xboleh komen..sy pun xtau pc sy nie...

sue..igtkan kayanya kat dalam..kalu sy suka kaya yang byk2 intinya sbb kat kedai biasanya dia letak sikit jer...

HaSue said... [Reply to comment]

Hanim > kalo nak letak inti dalam pun boleh hanim...jadilah roti inti sekaya.bun ni biasanya memang takde inti..hehe...
Tapi kalo nak best buat jejari roti suke jek nak makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...