Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, December 13, 2009

Bun Pandan Berkaya

Akhirnya sampai juga bun pandan berserikaya nih ke rumah biruku ini..hehehe..
Nengok kat umah Cik Mat Gebu aritu memang terguda abis walaupun dah tengok banyak kali..
Cuma yang sebelum2 tu boleh tahan lagik gudaan..ehee

Memandangkan tok tepung roti pun ader lg..orang2 kat umah nih suka lak makan...walaupun kitorang bukan penggemar roti tegar,tapi roti nih mmg best..
Cuma aku tak letak kelapa kering coz ketiadaan stok..di samping orang2 kat umah nih x berapa suke kelapa2 kering nih...

Macam2 pesen serikayanya..roti pun buat montel2 gitu.haha...

Resepi kopipes dr umah CMG..tq cik mat :)

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat kaya roll pun ok, canai adunan rata2, sapu kaya dan gulung macam swiss roll, pastu kerat dan susun. Bila sampai waktu membakar, spray air dan tabur kelapa kering.

Sungguh lembut n gebu roti nih...cicah kopi atau teh pun sedap...agak2 cicah kari sedap tak?hikhik...pasti ada siaran ulangtayang pasnih...

Pada yang tak pernah buat roti sendiri,Meh laa cuba ramai2 yer.. bahan2 tu macam susah jer ke?gi serbu kedai yg menjual alat2 bakery...insyaallah jumpa...selamat mencuba :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

ima said... [Reply to comment]

selamat pagi sue...kak ima tak pernah lagi buat roti...keinginan tu dah ada,sebab anak2 sukaaa sgt makan roti...tapi bm tu yang belum ada...kalau pakai mesin biasa boleh jadik ke...anyway roti sue tu memang nampak gebu gitu,kalaulah dapat makan...

Sheila said... [Reply to comment]

salam HauSue wow cantiknya roti su ni nkp gebu naik tinggi calor pun menawan ade ?lg x..buat sendiri lg jimat kan.. x lg beli kat bai roti heee nak 2 bungkus......

E-na Zarina said... [Reply to comment]

gebusss betul roti tu, suke tgk...colour pn cantik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...