Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, December 18, 2009

Nasi Goreng Planta Berjagung

Salam Maal Hijrah Buat semua kawan2,pengunjung blog ini...semoga di tahun baru ini kita akan lebih berjaya dalam hidup dari sebelumnya dan dikurniakan segala yg terbaik dari Allah swt..aminn
Lebihan nasi semalam buat nasi goreng dan buh jagung sekali sebab anak2 suka...
Di kala tak berapa rajin memang nih laa akan disilat kat dapur tuh..huhu
Pastu makan lak ngan sambal tumis,diorg lagi suka...ingat mak diorg jer suka..heheh

Saja jek buh resepi kat sini..sukatan ikut suka laa ek.. macam goreng nasi lain gak.hehe

Bahan2:
  • Nasi
  • Bawang putih-diketuk n cincang halus
  • Marjerin planta
  • Jagung dalam tin(ambil isi jagung sahaja)-secukupnya
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Telur
  • Hidangan sampingan-keropok ikan,sambal tumis dan timun
Cara:
  1. Panaskan planta dalam kuali dan tumis bawang putih
  2. Apabila sudah sedikit garing,masukkan jagung,nasi dan kacau goreng sehingga nasi tiada yang berketul lagi.
  3. Buat lubang ditengah dan pecahkan telur,biar seketika sebelum dikacau lagi
  4. Perasakan dengan sedikit lada sulah,lada hitam,garam dan ajinomoto(jika suka) secukupnya
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Kenapa guna planta?semua pun tahu rasa marjerin planta lain dari yg lain...hehe...ada cam duta planta tak?ihik
Tak goreng pun,buh kat nasi panas2 sodapp...kannn :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

ain said... [Reply to comment]

akak pun plan nk buat ns goreng gak pg ni utk bfast. just ns goreng cina!!!

Salam maal hijrah utk sue sekeluarga juga!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

salam maal hijrah jugak buat sue...

wahhh..nasi goreng, memang fav kat umah ni...kalu malas nasi gorenglah jadi pilihan jugak!!!tp selalu wat nasi goreng kg je...tq berkongsi resipi.

geraugebang said... [Reply to comment]

Teringat kak gerau masa kak gerau kecik-kecik selalu makan nasi panas gaul dengan planta. Letak kicap n goreng telur. Bessttnya. Rindu sat masa kecik kan.

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain > nasi goreng bukan je pantas kak..malah mengenyangkan kan..hihi

kak ima >skali skala tuka selera kak...tp nasi goreng kampung mkn pedas2 mmg terangkat..anak2 jek takut nak mkn kalo pedas sgt.hehe..

kak gerau > makan masa kecik suma jer rasa sedap kan..nape eh kak?sebab tak byk pilihan agaknya ek..jwbku sendiri :P

indahhouse said... [Reply to comment]

Salam kak hasue,
Hihi. Tingat pulak iklan majerin planta dalam tv. yang maknya blaja wat nasi goren tuh.
My MIL pun, kalu beli majerin tuk buat kek, mmg planta jer.
hihi, idea bagus ni, letak isi jagung. Lenkali nak try. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...