Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 12, 2011

Resepi: Kuih Abok-abok Moden

Pagi ni anda akan dijamu dengan kuih tradisional yang enak amat tetapi telah dimodenkan mengikut piawaian kemalasan dan bahan2 dapur sedia ada..hehee..

Sebenarnya....[*buka cerita sambil hidangkan kuih abok-abok kat korang]
aku mula-mula makan abok-abok nih sekitar tahun 2008 dulu..masa tu pun dah makan versi moden nih..sedappppp sangat!!Baru2 nih tengok orang buat guna daun pisang n buh gula gula melaka..memang dah terasa kat tekak aku tatkala melihatnya berposing sakan kat dapur izahdaut..pun begitu,semangat masih belum kental sebab malas beno nak memarut kelapa..dah tu satu petang..eh,meh ke perenggan baru lak

Satu petang tu..kitorang singgah laa beli kelapa parut..dipendekkan cerita,aku lupa buh dalam esbok lantas kelapa itu membasikan dirinya dan menjadi habuan puan tong(tong sampah aku tu dah kawin agaknya)
Hari demi hari berlalu..tiada tanda kerajinan menyelinap dalam diri dan sanubariku,sehinggalah satu petang tu cik abang aku sound,bila nak buat kuih peberet beliau yang ada sagu n kelapa tu...aku pun tiba2 bangkit dari lamunan yang panjang..lalu meminta adik aku yang masa tu ada kat sini untuk mengupas kelapa dan memarutnya sekali..haha..sian adikku,nasib baik dia rajin..aku sesungguhnya amat fobia bekerja dengan pemarut kelapa yang pernah melukakan perasaan jariku satu ketika dulu..*muzik flashback..hehe

Lepas tu kannn..nak dijadikan cerita,pemarut kelapa aku tu pun pandai nyorok..tetiba muncul lampu menyala kat atas kepala aku..aku potong kecik2 kelapa tua yg dah dibuang kulit ari tu..(kalau yang baru nak tua lg best),aku masuk dalam blender kering(pengisar bahan kering)..apa lagiii...hahaha..sonang keroje den. Kagum adik aku jap..hehehe..dolu2 kakak aku pernah bagitau dia guna blender aje..tu yang aku baru teringat tu..heh :D

Macam biasa,jamu mata jom.. ;)

Aku guna SM(silicone mould) lagi..ehee.. sagu warna warni nih tak semua jernih elok..maksudnya ada yang mudah kembang dan ada yang masih putih..harus rendam lebih lama kot..

Oh ye..sebab apa aku katakan kuih abok2 ni moden adalah:
  • Menggunakan hanya gula pasir biasa menggantikan gula melaka
  • Kelapa yang dikisar menggunakan pengisar bahan kering sahaja
  • Tidak dibungkus dengan daun pisang sebaliknya hanya menggunakan acuan lompang atau acuan silikon(hehe..)
  • Menggunakan sagu yang berwarna warni
Dalam banyak2 warna tu,yang warna kuning jer yang tak kembang sepenuhnya..huhu..

Versi buh dalam daun pisang..yang dikukus dalam daun pisang semestinya rasanya lebih enak dengan aroma daun pisang yang sungguh membangkit selera..

Kuih ni lembutt aje n a bit chewy laa kan sebab ada sagu tuu..sedappp !

Di sini aku kongsikan resepi yang versi moden diubahsuai dari resepi asalnya di dapur izahdaut,boleh juga tengok kat dapur kak Rose dan kak Yatt dan yang sebelum2 tu..terima kasih buat semua sekali yer..kopipes dari dapur izah tapi aku edit untuk memudahkan rujukan di hari tua.. :D

Kuih Abok-abok
sumber: izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2
250 gm sagu -1/3 cawan bagi setiap warna putih,hijau,merah dan kuning
220 gm kelapa parut putih -1 biji kelapa diparut atau kisar guna pengisar bahan kering
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)- hasue guna gula pasir
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm-| guna silikon mould atau bekas tahan panas seperti acuan lompang

Cara2:
  1. Sagu biji dicuci,rendam selama 10-20 minit dan ditoskan.
  2. Kelapa parut,garam dan gula digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata.
  3. Masukkan ke dalam acuan lompang atau silicone mould(jangan dipadatkan kerana sagu akan mengembang),cuma kemas2kan sedikit bahagian tepi acuan. Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketebalan acuan
  4. Kaedah menggunakan daun pisang:Selepas langkah 1,gaul kelapa parut dengan garam,masukkan sagu biji dan gaul rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.
Enak dimakan dan senang pula nak membuatnya..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Komen Di Sini:

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Cantik warna-ni kuih abok2 moden tu sue..., ok juga blend guna pengisar kering tu kelapa sue, kreatif la mcm ni, janji kuih tu sedap, akk pun takut nak parut kelapa ngan pemarut tu, selalu mkn jari, guna mesin pun ada juga kena mula2 dulu...

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
Tq kak.. kalo ada pemarut kelapa cam akak mesti best jer nak buat menu kuih muih yg ada guna kelapa parut kan..hehe..tp yg paling sng yg main masukkn terus tu je kot..kalo utk org bisnes sesuai laa..nikite buat kuih yg guna kelapa atau santan pun jrg2..membazir laa kot..hehe..akak mesti dah terer guna pemarut letrik tu skrg :D

Mas said... [Reply to comment]

sedappnya tengok sue..
aku tak buat2 lagi..
tunggu sampai seru dulu la..he..he..

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

Boleh buat segmen nih : jejeri siapakah yang klihatan pada gambar yg terakhir??hak hak hak...

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
mmg sedap mas..kalau penggemar kuih sagu mmg minat ni..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Ryo Azhar Rahza
haha..tu jari2 kecil yg x sbr2 nk ngambik kuih...ko agak2 jari sapa tuh?hehe

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

salam
sue ye sdp kuih ni x kira le moden ke tradisi ke yg penting sodap
kuih kegemaran abah time bulan posa masti cari..tp skrg dah kurang bulan posa org buat,,,x pe nnt ank nya kasi buatkan..ikut stail Sue

cik cek said... [Reply to comment]

Sue....

cara moden lebih mudah dan ringkas...kalau tak... nak kena bungkus buat klongsong ngan daun pisang....tak kisahlah cara moden ke cara lama yg pasti kuih ni sedap kan sue...tgk tu bekaler maler lagi....:)

Sue...

kak cek nak tanya ...sue tau tak nak buat kuih cincin sarawak tu...

Cheq Ana said... [Reply to comment]

simple hehee..tp stok gula dh habess..wakaka pakai gula perang laa..sure kaler pn len macam nnti *memandai je nk ejas..

tun_telani said... [Reply to comment]

sedap! sedap! tun suka kuih nii.. siap wat kaler2, dh kurang nilai tradisional dia.. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

rasanya.. boleh cipta satu nama baru utk resepi kuih yg comel ni.. agak2 ada yg protes tak? hehe..

izahdaut said... [Reply to comment]

weh lawonya..warne warni.. ilikeee

hani said... [Reply to comment]

sue,
mmg moden la abok2 ko...kalerpul gitu

Frena CQ said... [Reply to comment]

Salam kak. Saya google resipi kuih abok2 dan terserempak pulak dgn blog akak ni. Mmg best dan senang resipi ni. First time nampak kuih abok2 berwarna-warni. Mesti sedap! =)

Lieza said... [Reply to comment]

kuih abok2 ni teringat masa zaman skolah2 dulu...ada blaja SRT..kena buat kuih ni..hehehe..sedap nya..warna warni lg...

kha said... [Reply to comment]

xprnh mkn lagi kuih ni..dah abis ke sue?campak kat sini seketui..uhuhu

LiNa_Pg said... [Reply to comment]

walla..cantiknya kaler maler lagi kuih abok2 versi moden ni..sedapnya..

Ummi said... [Reply to comment]

Assalam Sue, nak taaauu taaakkkk? Favourite akak tau kuih nih.....sagu2 ni, i liiiikeeee...

Ijan said... [Reply to comment]

Wah siap ada lagu flashback dengan pemarut kelapa tak tahan tu kak Hasue.wakakaka.... :)
Kalau dapat buat breakfast esok alangkah bestnye. hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

kak lina_pg:leh tuka ngan sagu kalerpul akak x?hehe..

kak ummi:ye ke kak?sedap kan!sy pun suka...tp org lain kat umah ni kdg2 suka sgt kdg2 sdg2 aje..

ijan:hahaha...tu yg mahal tu jan..mmg best kalo dpt mkn nih ptg2...

HaSue said... [Reply to comment]

Minta maaf pada kawan2 n pengunjung yg dah komen pada entri ini sebelum nih...semua komen telah terpadam semasa Blogger.com upgrade sistem mereka pada hari entri ini dipublish.. segala kesulitan amatlah dikesali...

Along Maklong said... [Reply to comment]

maklong tengok kuih hasue ni.. terleleh2 air liur.. nampaknya lepas ni maklong kena juga merajinkan diri.. sebab dah lama juda maklong tak makan kuih abok2 ni.. bahasa maklong cakap awug2.. hehehe..

Shasha Mohamed said... [Reply to comment]

Wah, sedap la Hasue kuih ni. Saya mula kenal kuih ni masa tingkatan 1, makan mungkin belum pernah lagi la... ;)

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum Sue..

Sue, akak baru ber BW ni sue.. Mood dah hilang ari tu masa tak leh bukak blog..
Cantik kuih abok2 awak.. Kaler2 lagi..hehee..I like!

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

mmg sedap sangat, kalo sagu campur ngan klapa, lemak2 manis rasanya... syg lak ilang semua komen dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...