Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, December 11, 2009

Puding Karamel

Puding karamel nih rasanya dah jadi kegemaran ramai orang masa kini..
Nak buat simple, bahan2 pun mudah nak dapat..cara memasak pun ada pilihan nak kukus atau bakar..
Jadi meh layan puding daku nih mehh...

Karamel tu penambah sedap bila makan puding nih kan? Selepas disejukkan dan diterbalikan dari loyang,gini laa rupanya....Jom kita potong2 lak...leh makan ramai2...

Tadaaaa...dah potonggg...sila amik pinggan masing2..hehe. Kalau nak buat sendiri sila laa tengok resepinya kat bawah ni yer..kalau nak tengok kawan2 yg dah cuba leh tengok kat SINI
Aku guna kaedah bain marie(bakar dan letak air dalam loyang bawahnya),dan masak guna suhu 170c selama 40 min,kemudian lum masak tambah masa jap lagi..
Rasanya bergantung ngan kepanasan oven masing laa ek...

Resepi kopipes dr Alia myR..tq2

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Suka jer amik gambar puding nih banyak2 ekk...tenet pun boleh lak upload pic nih..hehee...
Sila2 laaa amik sepotong sorang...tapi macam tak cukup jer sepotong sorang nih...
Kena wat sendiri laa yer :D

Dah kena ngap punnn... hmmm...enak,sedap n lazat sekali dimakan sejuk2....

Ada yang tak dapat sepotong ke?sowee...dah abis daaaa.... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

E-na Zarina said... [Reply to comment]

dah bw pinggan ni nk bawa balik puding hasue yang comei tu.

Watierman said... [Reply to comment]

Cantik betoi la....puding tu tambahan lepas dipotong untuk setiap orang....licin elok jer......letak dalam piring elok2 yer Sue...nak balik jauh...tak pun Akak ngap kat sini jerlah!!

salamdariborneo said... [Reply to comment]

sue,menarik tengok puding tu......lapar lak.

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

So gorgeous ler Ur pudding nih Sue!!!

Terliur tau...Love ni Pudding Maniac tau! kihkihkih! ;)

Where's Eyana...post some pics of her laaaa!

Anonymous said... [Reply to comment]

uwaaaaa...kak ima dah tak sempat nak rasa...kalau macam tu nak kena buat sendirilah ni...tapi bila ye...huhuhu

ain said... [Reply to comment]

sedapnya!!! karamel ni fav anak2 kak ain. mcm nak buat lah ptg nanti utk anak2.

ieda said... [Reply to comment]

ermmm huhuhuh kat umah x der pengukus .. kalau ada sure akak buat terus ..

bulan poser selalu beli .. kemetian .. nampak yg sue buat nieh terliur tul .. sedapp nampak

HaSue said... [Reply to comment]

E-na Zarina > pinggan ke piring nih?kalo pinggan leh dpt potongan puding besa sket..hihi

Kak watie > akak nak potongan kecik jela nih kan..guna piring nih.hehe..ok kak..dah letak dah... :)

salamdariborneo > kak maria,meh laa amik sepotong..hehe

LOVE2COOK > puding maniac ek...kena buat sendirik laa kalo gitu love..hihi.. pic eyana terbaru ader...kalo ader kesemptn nanti post ye..hehe

kak ima > haaa...betul3x,kena buat sendiri kak..hikhik..x kisah laa bila2..kejap jek godek2 tu

kak ain > kalo anak2 x abis makan anta ke sini ye kak..hehe

kak ieda > takde pengukus eh kak?kalo ader kuali besa sket leh tenggek atas tu n tutup guna aluminium foil sebelum tutup guna penutup kuali..tp sue nih bakar dlm oven jer.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...