Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, November 19, 2009

Thai Style Kue Teow Lad Na

Anda sedang dihidangkan dengan menu dari thailand..
'Sawaa dikappp..kap pun kaappp...'err..betul tak betul nih ijah?eheh..
Setahun pendam hasrat nak mencuba resepi dari Thai nih..
Resepi nih dikongsi oleh Cik Ida kita yg comel tuh a.k.a sunkist di myr
Bila tengok kat myr..hari nih genap setahun semenjak laporan terakhir dihantar..hehe
Rasanya ada yang dah cuba juga cuma tak anta laporan kot...kalo boleh anta laa ek..semangat dapur tuh kite nak kongsi..di samping tu sebagai penghargaan kepada yg kongsi resepi juga..
Salute buat mereka yg dah cuba n hantar report kepada mana2 resepi kat myresipi.com

Menu nih tertangguh sebab apa tau..
Nak meng'complete'kan bahan2 dulu seblum mencuba..(err,boleh terima x alasan nih)
Sebenarnya taucu tuh jarang2 ada stok kat umah sebab jarang2(sebenarnya mmg amat jarang) digunakan..
Lagi satu memandangkan semalam dah kelaparan yg amat,x sempat tunggu ayam lembut..guna fishball jek..tapi memang mabeless..sedapp seyy!

Lagi satu menu nih guna brokoli kan..'that's the way..aha..aha..i like it..aha..aha..' ..akukk sukakk sangat brokolik nikk..hehe..
Thanks to sunkist ye.. mesti beliau bz di musim2 exam nih..hehe
Meh kita kongsikan resepi nih kat sini pula ya..

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper
  • 3-5 biji cili padi hijau(potong kecil) < nih sue tambah
Cara-cara
  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.
Untuk menambah rasa 'menendang' dan rasa ke'thai'an dalam menu nih aku cincang cili padi(hijau)..makan pun berselera sebab sedap dan pedass..uhh..harus dicuba bagi mereka yg belum cuba!

P/s:Semalam tak nyempat2 nak ngentri..sibuk yg amat..maklum laa dekat2 nak cuti sekolah nih...aktiviti penyampaian hadiah dan sijil la pulak kan..
Hari nih ada sukaneka lak kat sekolah budak2 tuh..tapi aku tak pegi laa..hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

R.A said... [Reply to comment]

wah sedap nyer kak...telan air liur tgk..uwaaa

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

salam sue..penuh khasia kue teow sue ni...akak kalo kat kedai suka sangat order kue teow ladna ni. Sungguh menyelerakan persembahan kue teow sue ni

indahhouse said... [Reply to comment]

Salam kak hasue,
oh, suka brokoli ya kak? hihi. saya pun.
kue teow yang slalu saya makan kat kedai ialah kue teow ladna,char kue teow, kue teow kerang.
nak tukar pinggan ngan nasi goreng bole, kak? hihi

E-na Zarina said... [Reply to comment]

sedapnya byk sayur! terujani..nak mkn!

HaSue said... [Reply to comment]

ct odah > telan air liur tuh dah kenyang lom?kalo dah kenyang akak xyah bg lagi laa..ek?hehe

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza > akak kena try nih kak..sedap tau.cam kat kedai gitu.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

indahhouse > woo..memang penggemar kueteow rupanya nur nih ekk...ehehe..boleh2.nur amik pinggan jelaa ek..kue teow nya dah bo leow(abis)ehehe

HaSue said... [Reply to comment]

E-na Zarina > nih kira nak mintak laa nih ekk?ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...