Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, June 27, 2009

Terung Masak Sambal

Sebenarnya sebelum nih daku bukanlah peminat sayur terung nih.
Tapi terung nih kan,kalo dimasak kena gaya boleh menjadi hidangan yg lazat dan amat membuka selera..
Mr Hubby lak sukaa sgt terung nih..so terjangkit laa pulak kat wife beliau nih.ngeee..

Selain dibuat sambal terung bakar,ia juga boleh dimasak cara begini.. selera kite laa kan.
Cuma pastikan terung tu sudah benar2 masak-sampai terpisah sikit dari kulitnya pun takpe.
Lepas tu masa nak makan perahkan dengan limau kasturi...pehhhh!!

Resepi nih dah kongsi kat ..Myresipi
Ayat lagi tersusun kat situ kot,malas nak edit balik nih..ehee

Bahan2:
  • 2-3 Terung Panjang-Kupas belang2 seperti dlm gambar dan potong memanjang...(potong 2 dan belah nipis sket pun ok..)-kali ni sue potong pendek2 sket
  • 1 cili merah
  • 2 bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera

Cara2:
  1. Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(sue kisar guna pengisar bhn kering jer)
  2. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
  3. Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
  4. Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
  5. Kemudian masukkan semua bahan perasa..
  6. Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
  7. Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..
Nih keadaan terung yg digaul dengan bahan2 dan dalam keadaan belum masak

Ini pula keadaannya yg sudah masak. Suka nak ingatkan,PASTIKAN terung benar2 lembut yer,barulah sedap..
Perah limau kasturi di saat hendak memakannya,jgn dlm periuk lak..kang x sdp nk panaskan kalo x abis skali mkn..
Kalo xnak letak pun xpe sebab ia juga sedap dimakan dengan nasi begitu sahaja..SELAMAT MENCUBA..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Nampak sedap...tp too bad Love tak suka terung...hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...