Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, June 27, 2009

Pandan Slice Cheese Cake

Salam hujung minggu.
Saja nak wat tayangan amal..wat masa father's day tempoh hari..
Selain makyung yg comel tuh,aymy pun dah anta report kat Onigiri(Ros) di myr versi pandan nih.hehe..

Tp susu segar abis stok,aku bantai ngan air biasa pastuh letak creamer coffeemate tuh.huuu..x ubah rasa gak..sedap plak hb kate.hehee


So x terlambat lg nak ucapkan happy father's day untuk suamiku terchenta..memandangkan hari tu isterimu ini x dpt on9 atas masalah komputer. Nih pun masih dlm bulan Jun lagi kan..
Thanks 4 being a super great father to our lovely kids n a super wonderful hubby to me..heee
I love u yanggg..(korang pejam mate jelah ehh..eheee)

Sebenarnya selain perisa pandan dah try perisa coklat..dalam 5x dah buat atas permintaan my sis yg gilakan ceklat n cheese..heheh
Tapi lum pernah masuk n3,sukatan main campak jerk..dah ubahsuai dr resepi asal.huhuh

Resepi Ros(onigiri) . Asalnya kek ciskek plain,dah selalu buat..leh tengok sini> Sila Klik

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar- kali ni guna air biasa+esen pandan+2 sudu besar creamer coffemate
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Sorie ros,sukatan akak ubahsuai ikut loyang..yg coklat ciskek dah buat byk kali n ade kesempatan nanti akak share resepi,boleh yer ros?hehee..thanks atas resepi yg best nih
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

blogresipi said... [Reply to comment]

Gebu sungguh! mcm kek chiffon plak....

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam Hasue..sya nak try resepi Pandan Slicer Cheese Cake ni..tp saya xde slice cheese..klu saya guna keju cheedder tu boleh tak..agak2 mo letak brp gm ye?? :/

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
sape ye?leh tinggalkan nama x? :)
kalau takde slice cheese boleh gantikn dgn cream cheese.dlm 125g gitu..cheddar cheese sy x pnh guna utk kek ni sbb rasa dia berbeza sket..tp kalo nk try boleh jugak tu...kalau jd kongsikn la hasilnya yer...

nanti kalo rajin sy pun nk try juga.. :)

Meteoragurlz said... [Reply to comment]

pernah gak try resepi ni tp bukan pandan lah yg biasa je..sy pkai chese yg biasa jenama philadapia ok jelah tp kena potong2 dulu..

ibu darwisy said... [Reply to comment]

kak hasue, sy penah try wat kek ni.. sy nak tanye la ni kene pakai api atas bawah ker? lebih cantik kene loyang tinggi kan..

Farah Asykin said... [Reply to comment]

salam..kak, kalau nak guna cream cheese xan guna slice cheese pun boleh kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...