Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, June 30, 2009

Tumis Labu Kuning

Selain dibuat pengat,bingka,kuih keria dan lain2 lagi yg berasaskan labu kuning..
Ia juga boleh dimasak tumis seperti sayuran lain..

Bahan2:
  • 200g labu kuning-x kisah yg tua atau muda,yg tua lg lemak ler..>Kupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 tangkai cili merah*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering/ikan bilis* -juga boleh ganti udang segar dikupas kulitnya
  • 1/2 sudu makan belacan*
  • Perasa-garam,pak aji dan sedikit gula(jka perlu)
  • minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat atau dikisar bersama menggunakan pengisar bahan kering
  2. Panaskan sedikit minyak(dalam 1/3 cawan),tumis bahan2 yg ditumbuk tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan labu yg sudah dipotong dadu kecil dan dicuci bersih,gaul sebati..perlahankan sedikit api
  4. Kacau lagi jika perlu sehingga lagu kelihatan sedikit lembut dibahagian tepinya.
  5. Tambah air sehingga menenggelami labu dan tutup periuk.
  6. Setelah labu empuk(jika belum,tambahkan lagi air),perasakan dengan garam,serbuk perasa. Jika labu tidak manis langsung,letakkan secubit gula.
  7. Padamkan api setelah semuanya serasi dan labu benar2 lembut.
  8. SELAMAT MENCUBA
c Kakak kalo ngadap sayur labu nih tak pandang lauk lain dah,makan pun bertambah2..
Kadang2 mix dengan pucuk manis juga sedapp..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Komen Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...