Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, April 30, 2012

Nasi Tomok.. Eh! Nasi Komok..sedapp!

Selamat petang.. :)
Esok cuti kan,sempena hari pekerja.. jadi mesti ramai yang nak jalan2 atau tak kurang juga nak spend time dengan family duk kat umah nak masak special sikit ke..kan..
Apa kata korang cuba buat nasi komok nih..best makan ramai2..

Nasi nih kalau baca cerita kawan2 blogger yang dah mencubanya adalah nasi minyak thailand atau nama sebenar yang didaftarkan adalah Khao Mok Ghai..*sebut dengan suara lembut sambil pejam mate jap & kepale sedikit senget.
Memang betul kata kak Ayu, rasanya gabungan nasi ayam+beriani gitu.. cuma rasa lebih kepada nasi ayam sebab istimewanya cili sosnya tu.. bagi menyengat lagi..isk,terasa2 lagi kat tepi lidah ni keenakan sos cili tu dimakan bersama ayam dan nasinya.. dah la aku perah lagi limau kasturi.sedap bangett! Tapi sebab guna cili jarum,tak boleh la letak segenggam..terbako lidah den kang..podehhh!

Mula2 tau pasal nasi komok ni bila Anna yang citer kat FB..
Lepas tu tengok rupanya ramai gak yang dah cuba.. kira dah jadi virus laa ni..jadinya aku pun taknak laa ketinggalan nak mengomok kat dapur sendiri kan.. mengomok takpe,jangan mengamuk sudah..

Aku tak tinggal satu bahan pun dalam resepi nih..kiranya budak baik la kali ni tak derhaka resepi *buat muke cumil jap*
Sebabnya nak rasa yang betul2 asal ikut resepi cuma yang tak memudaratkan seperti kak Ayu tambah tu aku ikut juga.hee..

Minta izin ye nak kongsikan resepinya di sini..kawan2 pembaca blog ni dan rakan blogger yang belum mencuba tu,sila2 laa mengomok..rugi tauu tak cuba. Bahan2 pun insyaAllah mudah didapati.. terima kasih kak Azian, kak Ayu Anna Qawina, Tun Telani dan semua lah yang menyebarkan virus komok ni ye..lenkali boleh buat lagi,suami dan anak2 pun suka.. ^_^

Oleh kerana last nampak sebelum save resepi ni kat draft aritu,aku c n p dari dapur Tun Telani je..cuma aku edit ikut mana aku buat la ye..untuk melihat versi Tun,sila klik link beliau di bawah..

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Anna Qawina, Kak Ayu & Tun Telani
By:HaSue

Rempah Komok

2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula


Bahan2 Nasi

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)-hasue tumbuk separuh lumat

Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. tun bakar atas non-stick pan.-hasue tambah serbuk kunyit,garam serta rempah cajun mccormick. Perap kejap baru goreng.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Masih setia menggunakan beras basmathi PUSA.. xtra panjang..hehe
Untuk sosnya yang bagi kick tu...ini resepinya.. sedappp tau...memang lebih kurang sos nasi ayam singapura..

Bahan Sos Cili

1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
atau boleh guna sos resepi Anna Qawina:

Sambal/Sos Nasi Khao Mok

6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.


Cara-Cara :

Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..

Aku perahkan lagi limau kasturi masa nak mamam..suka!! hee..

Lupa nak snap sosnya berasingan..yang ada cuma yang dah siap tuang atas ayam ni jer..wallahhh!!

Edited: Lupa nak bagitau, ayamnya ni kutambahkan serbuk cajun mccormick..memang sedapp!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

30 Komen Di Sini:

Anna Qawina said... [Reply to comment]

aku datang..aku datang..eh awal lak aku sampai..haha
sedap sue? aku lg best sbb aku mkn yg ori punya Aisya tu buat.sedap koo..haha..eh..suka lak aku nengok ayam tuh..suapkan aku siikit..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

teringin jugak nak try nasi komok ni..
ehhh hasue... sebut2 tomok tu.. tau dak hari ni besday tomok tau... sama date besdaynya ngan akak... tu pasal yg ingat sgt tu... kekekeke....

sabar dubai said... [Reply to comment]

kak hasue....kite da buat last week...mmg xcukup sedap sgt222

tun_telani said... [Reply to comment]

tomok wat concert kak mukah???? hihi...
huh?? pesal ayam akak nampak xtra sedap tuu?? mesti byk wat sos dia kan. tun aritu terbuat sikit pulak sos dia. terlajak masuk byk kuah dia dlm nasik. skrg tgh diet, so pejam sebelah mata tgk nasik nih.

TopsyTurvyMum said... [Reply to comment]

HUhu..Hasue
1st time ku dengar nasik komok ni.
Nampak sedap menarik2 nafsu makan aku ni..

Zulfadly said... [Reply to comment]

salam, rasa penah makan masa pergi bangkok, dekat cha tu cak market, memang antara nasi beriani n nasi ayam, sangatlah sedap dan murah, kalau pergi sana mesti cari kedai dia,

Unknown said... [Reply to comment]

sedapnya tgk nasi ni sue...kalau buat menu berbuka ni pun best juga yer.tgh memikir nak masak apa berbuka nanti.pernah tgk masa memula kak Ayu tayang dulu..dah ramai dh yg cuba. nanti kalau rajin boleh cuba ni:)

K.Nor said... [Reply to comment]

huishhh panjangnyer nasi! dah tengok azian post dulu, dah save tp tak terbuat.. nak buat esok, sapa la ada kat rumah ni.. ai dgn my laling jer.. mana syok buat nasi gini makan berdua .. tak berbaloi :(

Unknown said... [Reply to comment]

salam sue,sedapnya nampak tu bekenan kat ayam dan nasi nya yg panjang berjela tu heeh akak mesti try suatu hari sebb dah terliur

Cheq Sue said... [Reply to comment]

amboi, dah sampai miri gak ye... kita baru cadang nak buat esok... tak tahan tengok aje, nak rasa jugak

CT Delima said... [Reply to comment]

As'salam Hasue

Nasi Tomok ni kalau nak makan kena nyanyi dulu eh..hahaha

Gurau2 jer Sue, pagi tadi dah singgah nak komen apam tapai tu, tapi nak lodding sampai habis punyalah berjam2 nak menunggu, kalau dah keluar tanduk dan tembus kat kulit kepala ni haaa..hehehe. Ni malas baru dapat komen rupanya ada nasi Komok lak, tengok pun adusss getar lidah macam nak makan juga..hehehe. Nanti bila senang2 boleh cuab lah ya.

Terima kasih sue ucapan ikhlas buat cikgu pegang sudip tu ya..hehehe

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

cantik panjang2 berasnya... kurus2 macam tomok gak...

sedapnya sue.... mesti cuba juga ni..

Liza said... [Reply to comment]

salam sue...akk suka tgk nasi tu, panjanggggg....hihihihihi

Norzie hany said... [Reply to comment]

Sungguh menyelerakan...boleh la try resepi ni nanti.Tq berkongsi.

sury_25february said... [Reply to comment]

salam sue..ordr nasi lok..ayam lbh,sayur pun maok byk..:p

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

SAlam Hasue.. wah sedap ni dear... sedap! nasi tu best laa.. brand pusa ya??? nanti nak try.. sebelum ni guna basmathi faiza.. nak cubalah... tq... tq.. sedapnya!!

Rohah said... [Reply to comment]

Tu dia nasi komok dah kuar..tengok rempah2 dia mmg menarik, compem harum, wangi , semerbak harum semua ada..hehe.kesimpulannya mesti sedap punya kan..

izahdaut said... [Reply to comment]

Nasi komok makan sama sama ngan tomok. Hakhak.. Aku test komen hokeh...

izahdaut said... [Reply to comment]

Aku dahkata kalau geng spam mmg tak spam punya. Hahahaa kan kan.. Mcm nak komen skali lagi jek. Akakaka

quinnie said... [Reply to comment]

hahhaha...mesti tersedak si tomok dari semalam sampai ke hari ni sebab org duk sebut dia je...kekekke...

haishhh makin ramai la pulak yg mencuba....ni geram nih...hehehhe

HaSue said... [Reply to comment]

@Anna Qawina
Ko x bagi pun aku merasa skali masa ko dpt tu.. jadi aku x nak laa suapkan ko ayam.haha

HaSue said... [Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
siyes ke besday tomok kak? hepi besday utk tomok...semoga berbahagia selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki..panjang umur..*bajet perasan Tomok ada bace blog ni..hehe

Besh la kak ratna,sama besday ngan tomok yeaa...sy jangankan artis,yg bukan artis pun susah nak cari besday sama.hehe..hepi belated besday lagi skali kak.. :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to comment]

nampak sedap.. nk cuba jugaklahhhh

ijayuji said... [Reply to comment]

Salam kak sue! lebih kurang ajerr cuma tang sos dia lain sbb yg kita beli kat kedai sos dia mcm sos cuka gitu, pastu ada salad tp resepi salad kita tak tahu :D kira versi tak tahu mana satu selatan n timur n utara kot ehehehe..

dZana said... [Reply to comment]

teringin jugak ni sue.. akk kene tunggu cuti pjg nanti baru boleh buat.. hihihihi.. berangan camnak msk kenduri jer..smpi nk tunggu cuti pjg pulak..

Unknown said... [Reply to comment]

Ketinggalan lagi akak ni, asyik tertinggal je....nasi gomok...eh tomok? Korang bergasak2 masak nasi ni akak gasak bercuti sakan. Baru ni nak jelajah blog, nak rempit ni....kang takde karen pulak!

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Hari tu dh mai tgk n rasa nasi tomok ni hehe, suka tgk nasi tu panjanggggg, nampak sungguh menyelerakan set nasi tu. nampak nya takleh nak cuba la nasi ni tak ada rempah komok huhu.

charmyiex said... [Reply to comment]

rempah komok ya dpt dr cney??

Unknown said... [Reply to comment]

Mana boleh dpt rempah nasi komok?

Unknown said... [Reply to comment]

Mana boleh dpt rempah nasi komok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...