Pertama kali aku melihat spesis puding ni ..err,maksud aku yang jenis buih ni adalah dalam tv, rancangan masakan apa tah aku dah lupa. Dia buat puding tembikai,dah tengok orang buat tu baru terungkai bagaimana puding tembikai yang sebelumnya tu pernah tengok kat bazaar ramadhan dibuat.. rupanya dia kaler 'isi' tembikai tu dulu..pas dah beku,dia terbalikkan mangkuk tu..lepas tu baru dia kaler 'kulit' tembikai tu..
Melangkah ke dunia cyber, paling dikenali adalah resepi puding buih dari Kak Nor..yang berasal dari website myresipi.com.. 'laku' jer resepi kak nor time tu untuk dicuba.. so aku pun confident jer nak cuba..sebelum ni aku dah cuba puding balqis beliau gak..so far memang jadi cuma aku jer tak mahir2 lagik.ahak..
Zhariff paling suka makan agar2 buih ni haa.. selepas satu suap,suap lagi.. best jek tengok dia makan..hehe..lagi2 kaler2 tu menarik perhatian dia agaknya..yana macam biasa la kalo tengok kek atau puding kaler2 ni nak potong tu dia nyanyi hepi besday dulu..haha
Sebenarnya aku nak perabis stok agar2 serbuk dalam gobok tu... sukaa nak buat resepi lama yang diperbaharui kak nor..tapi,tapi tapiii... aku lak TERPAKSA derhaka tak tentu pasal sebab stok agar2 dan telur adalah dalam saiz berlainan..chet!agar2 aku ni memang gini..masa kita nak yang 12g dia ada 10g..kalo nak yang 10g,ada stok yang 12g jer.. eh?ngan agar2 pun nak marah kan..tah pape jek..hakhak
Nih laa kejadian kalo orang tak mahir cam aku nih buat haa..nampak adunan tu ngah duduk bersimpuh2 gitu..taknak jadi puding buih sepenuhnya..nak juga dia menepek jadi agar2.. Yang si oren tu jer hampir buih sepenuhnya..
Kaler lain,yang duduk bersila2 cam kat majlis tahlil pun ada gak tuh..haihh..stress nengok!
Tapi bila tengok nama resepi kak nor ni,memang dia kata "agar2 lapis buih" pun kannnn..aaa,yang itu memang elok untuk meng'kaver' kejadian dessert aku nih.heee.. marah kak nor. :P
Apa2pun terima kasih buat kak nor yang share resepi nih.. kak hanieliza pun ada share gak versi dia.. sila rujuk link yang diberikan beserta nama mereka tu yer..
Untuk rujukan di masa mendatang,minta izin yer kak nor..nak tepek resepi di sini pula..
AGAR-AGAR LAPIS BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan:
1 paket agar2 serbuk (12gm) - hasue guna 10g
850 ml air
3 bj telur A ~ ambil putih sahaja - hasue guna 4 biji putih telur size B
145 gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan
Cara:
Masak air bersama gula, agar2 dan daun pandan hingga mendidih.
Kemudian masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba ....
Tips Dari Kak Nor:
* utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :)
* seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)
Buat penggemar puding jenis buih ni,sila2 laa mencuba sendiri yer..senang amat je tu..jangan malas2... gi rebus agar2 dan gula pastu pukul putih telur sampai beku jer..(basic nyer la..hehe..)
Masa melapis tu takde masalah nak tunggu keras sebab aku buh dalam freezer,kat atas bekas ais kiub lak tu..jap je dah beku.. kire sesambil ngaler tu dier dah beku dah..hee.. selamat mencubaaa!!
20 Komen Di Sini:
Assalamualaikum HaSue
Cantiknya...nampak pun dah tahu sedap...teringin nak rasa...hik3
Selamat Menjamu Selera :)
@LinRosly
waalaikumussalam..lajunyaa kak lin sampai.hehe..
kalo dekat mmg nak jamu ni kak..best ni mkn ramai2
wpon dikatakan begitu tapi tetap cantik la sueeee... dulu mmula aku buat pon gtu gak! masih ada sisa agar2 plainnya tuh... klu geget ader rasa lembut n kenyal2.. hihihi.. jgn tnya aku la sbb aku tak maher lagik wat agar2 buih... aku maher makan jerk! hahaha
Assalam Sue, thanks tagging akak...waaah cantik kejadian agar2 ni dapat kat tangan Sue...bakat terserlah jgk... Akak pun mcm Hana, terserlah bab makan2 jer...hehehe
sue....cantikk puding ko tu...
tinggi dan warna warni..
hmmm....
warna biru ko memang tak lupa kannn..he3
mehh kat aku 1/2 loyangg..
morning kak sueee..... awat rajin beno semua org duk melapis2 ni. stress je tun nengok. ce bui sket vitamin R tu ke tun.
kalau x ckp yg dia patut buih sepenuhnye, tun ingat mmg sengaja wat 7lapisan. mmg nmpk cantik layer agar2 tgh2 buih tu.
hehe.. sue.. mmg agar2 ni sepatutnya jd berlapis gitu la.. cuba tngok yg akak punya dan k.liza punya. mmg dia jd berasingan agar2 dan buih tu. sepatutnya bahagian agar2 sue tu lebih tebal sket, supaya lebih nampak lg agar2 tu tp rasanya sbb sue guna putih telur banyak masa bancuh utk setiap layer tu, tu yg jd nampak part buih yg lebih hehe..
tak perlu nak kaver2 ya.. mmg sepatutnya teksture dia berlayer2, dgn adanya agar2, buih, agar2, buih dan seterusnya.. sbb tu lah nama dessert ni agar2 lapis buih.. :0
tq dear sudi cuba ya.. mmmmmmmuah :)
Salam Sue ehhe sekali kuar gan manu yg megancam betul suka akk negok warna2 tu beseri...yg peoel tu tegiada akk hehhe tu belum dpt mkn ..kalau dpt 1/2 loyang pun jadilah hheheh :-))
As'alam Hasue
hehehe..gelihati pulak bila baca entri sue ni, alahai..ada juga cara duduk tahlil ya sue, namun tak mengapa, k.ct suka tengok kelar2 tu sangat cantik. kalau k.ct buat lagi haru agaknya hancus terus agar2 kemana buih2 tu kemana..hehehe
x leh jadi ni...nak buat jugak
salam sue
alahaiii sygnya nk makan..cantik sangat layer2 tue.suka tgok..:)
@hana
ops!pocot tetibe nampak kak hana timbul.hihih..
Betul la kan.. memula geget lembut ala2 gigit span lepas tu gigit kenyal2.lepas tu gigit lembut lagik..giteww!
Kira belasah jer kak..janji best..mahir ke x mahir kann..haha
comel sesangat puding tu...
entahbila nak cuba.. byk sngt dok dlm waiting list..
Assalam Dik Sue..geramnya nak melapis lak malas ni!!! Sedapnya....
sgt mgoda betul rupa dan kalernye...cantiksgt stiap lapisannya...tgk dh tau mesti sedap ni...
Assalam sue, mmg tergoda dah akk ni bila tgk agar2 lapis buih sue ni, cantik sangat2 tu ngan warna warni, cantik kaler oren tu sue.
Rasa mcm nak buat juga lah agar2 ni, nampak pun mcm senang je
Assalam Hasue, apa khabar? lama betul tak singgah sini...mcm mana boleh tak nampak puding yg lawo ni.rajin betul la org yg buat ni kan..:D
tq Sue, sudi wish blog anniversary tu..nanti simpan yer bunga dan kad tu :)
Cantiknyaaaaa Hasueeeee...eh bukan awak tapi agar2 lapis mu itew..hahaha... Sue kan jelita gituw...jgn mare ye.. Nak sepotong..
nampak menyelera sangat Sue. Nanti nak suruh wife cuba nih hehehe...ehh saya nampak follower Sue sebanyak "2020" cantik nombor tu hehe
Nak share resipi. Thank you
Post a Comment