Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, April 12, 2012

Kerapu Sweet Sour Simple..

Ikan kerapu hasil pancingan incik abang dan rakan2 beliau aritu.. ada laa beberapa ekor. Saiz idak ler beso sangat..(macam nada pandang rendah je ek).. tapi best la kan kerapu fresh2 ni dimasak apa saja.

Kali nih aku nak share resepi sweet sour atau ikan dimasak masam2 manis atau ikan masak merah atau ikan masak sos..ah,mana2 jelah lebih kurang je basic resepinya kan.
Nih versi mudah yang amat..kiranya orang yang baru pandai masak pun boleh buat ler..
Namun begitu hasilnya sangat kena dengan tekak kami sekeluarga.

Selain ikan kerapu, boleh je kalau nak guna ikan jenis lain seperti siakap, ikan bawal, ikan merah dan sebagainya lah ye..

Bahan2 yang digunakan tidak terhad tau,terutama sayur2 tu..sos tu pun kalau nak tambah sikit pun leh jugak..buh je ikut suka dan selera.. aku letakkan ajelah dalam resepi bahan2 yang aku guna kali ni..kalau ada nenas,sedap buh nenas..tapi memandangkan takde,aku campak je epal hijau..sekali ngan epal merah.. aku sukakk epal dalam masakan sweet sour.hee..
Sebelum ni ada juga yang buh dalam sweetsour,kak nor kot eh..kalo tak silap lah..

Oklah,jom tengok resepi mudah ni..


Kerapu Sweet Sour Simple

Resepi:HaSue

Bahan2:
1 ekor ikan kerapu-300g(lebih kurang)-siang,bersihkan.
1 sudu besar serbuk kunyit-boleh juga guna kunyit hidup
1/2 sudu besar garam/atau secukupnya

1 cawan minyak masak
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang*
1 tangkai cili merah*
1cm halia*
1 batang serai-racik halus(optional)*
1/2 labu bawang besar-* -> bahan2 bertanda * dikisar,tetapi jangan terlampau halus.
2 sudu besar sos cili maggi
1 sudu besar sos tomato maggi
1/2 sudu besar sos tiram maggi
1/2 cawan air(atau secukupnya)
Garam dan gula/perisa(jika perlu je)

Bahan lain:
1-2 Tomato , jika guna tomato kecil,letak la secukupnya.
1/2 biji Epal merah
1/2 biji Epal hijau
1/4 biji Nenas-kali ni x letak
1/2 labu bawang besar

Potong dadu semuanya

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. pastikan minyak benar2 sudah panas. Goreng ikan,tetapi jangan terlalu garing. Toskan atau sejat di atas tisu dapur,ketepikan
  2. Minyak lebihan menggoreng tadi dikurangkan sehingga lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Tumis bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kacau goreng seketika. Tambahkan air, sedikit garam dan gula/perisa.
  4. Setelah mendidih, masukkan semua jenis buah/sayur yang dipotong dadu tadi. Biarkan renih seketika dan masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
  5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.. selamat mencuba!
Diratah begitu sahaja pun memang best!! Epal tu terpulang nak masak sampai lembut atau dibiarkan rangup sedikit.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 Komen Di Sini:

GREENJADE said... [Reply to comment]

dah petang2 ni...tgk poto gini mmg kecur liur..

Watierman said... [Reply to comment]

Alahai...Dik Assalam....kerapu sodap!!!...kalau dapat ratah...wah enak...terasa manis masam pedasnya!!!

tun_telani said... [Reply to comment]

sedapnyer kerapu.. kalau kt miri dulu selalu gk dapat kerapu fresh. pernah sekali hasben tun beli ikan kerapu, masa nk siang tu, dia bergerak lagi! terus x jadi tun siang.. haha.. last2 hasben tun jugak yg terpaksa siangkan.

HaSue said... [Reply to comment]

@GreenJade
telan ajelah yg kecur tu ek.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Watierman
w'kumslm..
yg ni kena tmbh cili api kalau nak pedas kak..khas untuk budak2 mmg sesuai. org besar kena lenyek cili atau kena tmbh cili pes la masa menumis.hee..jadi kerapu 3 rasa gitu

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
sesungguhnya kejadian seumpama itu beberapa kali jugak la pernah terjadi kat akak..hahaha.. sibbaik ada hero kan tun kannn.. :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said... [Reply to comment]

Salam Hsue..dah lama ikan siakap x'naik' umah k.atie.
Jarang g market ikan tu...mkn pon berdua.
Beli jer ikan2 yg ada kat org yg dtg berniaga .kat perumahan k.atie ni ada org dtg jual ikan dr umah ke umah.
Tu yg xbyk pilihan..beli jer apa ikan yg ada :(

rahel said... [Reply to comment]

Hasue,lapar pula gue tengok ko punya ikan kerapu masam manis ni..bole kasi sikit kah?

Ain Fajar said... [Reply to comment]

hhhhmmmm seeeedaaaapnyaa..sy mmg suka ikan sweat sour..lps nie leh try boh epal..tq k.hasue

Amie said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Hasue,
memang kalau ikan kerapu sedap masak sweet & sour... menjilat jari you!

Anonymous said... [Reply to comment]

sedap nyaaaaa...sama dgn lauk kite tapi akk guna ikan siakap..amik rcp ni ya! tq dear :) zila66

cahayahidupku.blogspot.my said... [Reply to comment]

Rasanya dlm peti ais ada ikan kerapu nanti dinner boleh masak resipi HaSue.. sedap tengok gambar tu... akak minta izin share resipi ye.. :)

Chah said... [Reply to comment]

ebat tu hasil pancingan! kalau sang Arjuna ku tau terus dia nk friend ngan Arjunamu Hasue oii...

Meleleh aku ngengok kerapu ko ni, tapi kena jaga imej la kan, tkkan nk terkam plak..hikhik

* ingatkan kak chah je yg suka campak2 menda dlm sweet sour.. ce buh mangga lak..sedap gak...:)

Unknown said... [Reply to comment]

sedapnya kerapu...lama tak mkn kerapu ni.teringin la pula.kat sini tak jumpa pun...asyik jumpa salmon jer..huhu sabar jer lah kan.

Rohah said... [Reply to comment]

Salam Ha Sue,
Bestnya dapat nyantap kerapu,kick gitu..

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

very colourful tu... sedappppp nampaknya... kat rumah ni, kalau seekor tak cukup...

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

banyaknya n3 terlepas ni, sungguh menyelerak tgk ikan sweet n sour ni, mmg menjadi pilihan anak2 ni kaler merah2 mcm ni

sarifah said... [Reply to comment]

salam...mintak izin mencuba resepi ya...tq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...