Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, February 8, 2010

Muffin Coklat

Ini tugasan dr c kakak,gara2 tengok gambar muffin kat majalah..huhu..
Senang tau nak buat muffin ni..dah pernah buat sebelum nih..kali nih letak coklat chips kat atas tuh... yg bestnya,senang2 tu pun, hasilnya sedap sangat..moist dan kaya rasa coklat..
Takyah sibuk2 kuarkan mixer bagai..godek2...geduk2..gedak2..bakar!daahhh siapp!!

Resepi nih dikongsi oleh cik puan besar myR tuh sapa lagik kalo bukan kak yani..
Mekasih eh kak...sue panjangkan resepi kat sini lak,kalau2 ada yg nak mencuba sendiri..

Bahan-bahan ( 10 biji )

• 200g coklat masakan
• 70g mentega
• 2 biji telur
• 50g gula halus
• 60g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Lembap sekali muffin nih..sedappp!

Note: Resepi tu kata dapat 10 muffin,aku dapat 6 ketui jer..maknanya bekas muffin aku guna lebih besar..jadi bakar lebih kuang 30minit baru masak..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Gosh, Sue! Bak 3 muffins kat Love pls! Mmg nampak sedap tuh...uwaaaa...

Eyana mana???

Umie said... [Reply to comment]

kak sue..nyaman ada jak..kelak kmk try lok la..hehhehe

HaSue said... [Reply to comment]

LOVE2COOK ; Bukan nampak jer sedap love..memang sedap!haha... eyana dah larik ler tgk aunty love dtg..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

umie ; nang nyaman mmuffin tok.lembap jak...coba ktk molah.. ;)

ain said... [Reply to comment]

sedapnya choc muffin..lama akak tak buat muffin!!!

Azita Zain said... [Reply to comment]

sue, muufin mem besar myr tu mmg power!!! k.ita pun suka...

JC said... [Reply to comment]

Sueee...mintak 4 ketul muffin yg nampak sooo moist & yummylicius tu...ni dpt kt anak2 akak jap jer dah abisnya

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Salam Sue,
gebussss sungguh muffin itewwwww....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...