Salam ahad..
Dah ahad pun!jap nyer...ada yg sambut besday arini?happy birthday to u..yg sambut sebelum2 ni hepi belated besday to u yer..sori x dpt wish mungkin kebetulan tak on9 ler sebab masalah yg tak dapat dielakkan...
Sekarang ni agak aktif juga di facebook mencari kenalan lama dan baru(yg baru tu biasanya kenal dr kalangan blogger la ek..memang agak seronok bila jumpa kawan2 kat sana..lebih real gitu..heee
Dalam pada itu,terjumpa laa gambar lama ni.. my uncle yg upload. xpernah tengok sebelum nih.haha...
Masa kecik2 dulu,sy dan kakak memang akan dibelikan baju yg sama atau hampir sama seperti pasangan kembar. Jarak umur kami yg beza cuma 1 tahun membuatkan kami nampak seakan kembar dengan saiz badan yang sama,potongan rambut,ketinggian cuma muka jer berbeza..
Sehingga laa satu tahap kegedikan tu sampai,taknak dah baju sama ni..tak best. Nak baju lain 'kayu' dah...taknak sama bunga..taknak sama warna..huhu..
kadang2 tuh bergaduh memang ada..hahah..berebut nak terbaik..alaa,bergaduh adik beradik nih perkara biasa laa kan..hik :P
Gambar ni diambil semasa hari raya tahun entah berapa pun tak ingat..tapi yg pasti kat rumah arwah nenek(yg duduk senyum kat belakang ) ler..
Yang laki sorang tu bukan adik beradik kitorang entah camner leh interprem mungkin sama beraya masa tu kot..lepas tu zaman kitorg kanak2 takde org bagi angpow meriah cam sekarang..cuma sesetengah sedara mara jer yg bagi..pastu kalo dapat angpow tgk dapat 5 hengget dah macam kaya jer..ahaha
Masa ni memang jarang2 dpt tgk kamera..so kejakunan tengok mende alah tu memang ada ler..hehe
Seronok jer berpeluang dapat mengimbas kembali zaman kanak2 kan..
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
2 Komen Di Sini:
Best kan zaman kanak-kanak, tak da masalah..
Azmiezas >> mmg best..riang ria sepnjang masa..heehee
Post a Comment