Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, February 4, 2010

Kuih Abok-abok

Kalau kat sarawak ni,'abok' atau 'babok' adalah panggilan hormat untuk makcik2 atau wanita yang lebih tua dari kita..
Tak tahulah kuih ni ada kena mengena ke tidak..hehehe
Kuih ni pun aku 'kenal' dari seorang abok yg aku respeklah...banyak jenis kuih beliau tahu buat..cuma aku jek tak rajin bertanya agaknya..huhu...

Kuih ni paling simple nak buat,kalo nak letak dalam daun pisang pun boleh...tapi yg ni kukus dalam acuan lompang ajer..
Tapi kuih ni sedap tau..lagi2 guna kelapa parut fresh...rasa lemak2 gitu.. sebab tu laa tinggal seketui baru ingat nak amik gambo...blur plak tuh.hahah..

Bahan2:
  • 1 cawan gula > kalau nak campur gula melaka pun boleh juga
  • 2 cawan biji sagu hijau / pink
  • 3 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • sedikit garam
Cara2:
  1. Panaskan air kukusan.Rendam biji sagu lebih kurang 20min atau sehingga kembang,toskan.
  2. Dalam bekas,gaulkan biji sagu tadi bersama kelapa parut dan gula serta garam
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan letakkan adunan biji sagu tadi sehingga penuh.
  4. Kukus selama 10 minit atau sehingga biji sagu jernih sepenuhnya.
  5. Selamat mencuba!
Kuih ni jugak sedap dimakan sejuk2 tau...tapi kali ni memang tak sempat nak simpan sejuk pun..ahaks

Note: Perasan tak sukatan bahan2 kat resepi tu guna 1,2,3...senang nak ingat..hehee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

Maiyah said... [Reply to comment]

sedap kuih ni.. mak pernah buat

HaSue said... [Reply to comment]

sedap kan kak..walaupun simple jek nak membuatnya..hehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

salam sue...akk pernah buat kuih ni...sedap sangat..tapi anak2 tak suka dia kata kristal heheheh

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Rosaliza > wkumsalam..hahaha.lawak laa anak2 akak tu..hehe..

Watierman said... [Reply to comment]

ooo ni panggil abok2 yer..kalau kat semenanjung ada gak yg panggil Kuih mata ikan atau kuih sagu jer!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...