Semalam nengok roti sosej umah kak watie,teringin lak nak meroti ..(eceh,macam pantun 2 kerat lak)hek..
Untuk pengetahuan kak nor JB,hanya guna kudrat tangan montel ini jer kakk..nak nguli roti ni..sue nyer breadmaker(BM) duk kedai lagi,takmo ikut balik..hahah..
Actually x pernah ushar pun lagi BM sebelum nih sebab takde nawaitu nak memilikinya..maklum laa,meroti pun jarang2..heee...
Lagipun takde laa nak patah tgn ni,nguli tepung sebanyak suku kilo jer pun(chet,berlagak!haha)..kalo sampai 3 kilo tadi mau meraung gak laa nak mintak belikan BM kot...ekekee
Oklah,jom kite tengok resepi kak yani dr myR nih..hehe...sue tambahkan bread softener untuk melembutkan doh dan kurangkan sedikit air sebab selalunya resepi yang guna BM ngan uli guna tangan sukatan air tak sama...nih ikut pengalaman yg tak seberapa ni ler..ehe
Bahan-bahan ( 16 biji )
* 140ml air > sue letak dalam 12oml jer
* 20g telur
* 250g tepung roti
* 20g gula
* 4g garam
* 25g mentega
* 3g (1 sudu kecil) dry yeast
* 8g susu tepung
* 8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
* susu segar utk sapu di roti
>sue tmbh sesudu kecil bread softener
>sue letak sedikit keju cheddar parut untuk ditabur atas roti
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. .
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Komen Di Sini:
salam sue...rajinnya meroti...comel je nampak tu..mesti sedap
wkumsalam kak..tak rajin mana pun kak...dah teringin,tuh yg terbuat.hihi.sedap kak..sue makan cicah cili n mayonis..ngeee
Ha..Sue....tersedak pulak bila diseru...kalau kerat tiga obesiti....lain kali kita try kerat 4 pulak.....hehehe....Betoi kata Sue tu...tak pernah ada nawaitu nak memiliki BM lagi..sebab kalau ada karang tak buat pulak exercise tangan....bukan roti yg obes...tuan roti tu..pulak!!!..Baling sini sebijik Sue....yg obes tu!
Salam,
kite kalo bab² nguli lomah skill sikettt..tu yang jeles tu bila tgk org len punya 'hasil tangan' yang gebus² tak hingattttt....
bestnyaaa...montok gituuu!!!
Sue, Ashika mintak roti sosej lah! Ada lagik tak??? Rishie pun nak...Mummy pun nak! hehehe ;)
Post a Comment