Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, February 2, 2010

Sardine Rolls

Ehee...walaupun kurang anggun sardin gulung ku ini...aku nak tayang juge..huehue.nih menu minum petang tadi.. Dulu dah pernah buat sekali guna resepi yang sama tapi masa tu guna marjerin ajer..kali ni konon2 nak bagi lembut rapuh gitu sebab tu guna mentega..

Resepi dr bkl besanku yg sedang menyepikan diri..huehue..amik dr myr jek..tq sha!

Bahan-bahan ( Untuk Pastri)
• 200 gm Tepung Gandum
• 100 gm Mentega Sejuk
• Air Sejuk
• Secubit Garam
• Bahan-bahan untuk inti
• 1 Tin Besar Sardin
• 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
• * 3 Ulas Bawang Putih
• * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
• 1 Biji Lada Merah - Dihiris
• Garam
• Secubit Gula
• 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Untuk Pastri :)
2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
7. Untuk Inti
8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
13. Tumis hingga betul² garing.
14. Cara menyediakan Sardine Roll
15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
18.
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Macam terlalu rapuh lak adunan doh aku nih..hihih..tapi takpe la,janji sedap n abis ditelan daa..(ayat penyedap perasaan)
Korang jangan berani nak mintak2 lagik,aku suruh buatkan kang haaa...ekeke :p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

kak ina kl said... [Reply to comment]

salam ha sue..masih tak habis melapis lagi yer..cantik jugak kek lapis tu..
nak buat sardin roll ni tak terbuat lagi..

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Sedap ni HaSue... tak teringin nak hulur sepinggan ke? Bukan piring ye, PINGGAN... hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

wkumsalam kak..kek tuh buat aritu dah,lupa nak ngentri jek..hehe... ada masa leh laa buat sardin roll lak kak.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

MamaFami > ehehe....teringin nak hulur tu ader..tp hulur pinggan kosong bleh eh mama?hihi

aemyLina™ said... [Reply to comment]

kak sue..,
post sebijik...
huhuhu~~

Watierman, rmanbkr said... [Reply to comment]

Salam Sue..teringin..sangat2..tapi takut lak nak mintak...!

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Sue.. Biar rupa tak macho tapi rase power... nak juga...

indahhouse said... [Reply to comment]

salam kak hasue,
berkenannya tengok sadin roll nih. teringat kuih tat kat spital. pss... orang baru lpas operate leh makan sadin tin tak? hihi

mummyseri said... [Reply to comment]

salam..nampak lembut je sardin roll ni yek..kite tak penah wat kulit snirik..yg pakai kulit roti je lahh stakat ni..

kek lapis intan terpilih tu sangat bestlah..

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

salam kak sue..saya nak jugak...ekekekekekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...