Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, February 28, 2010

Kek Belang Harimau

Buat kek simple ni juga untuk majlis maulidur rasul tempoh hari...sajer letak serbuk koko n tambah coklat emulco untuk warna coklat digabungkan dengan warna kuning.. fikir2 nama sesuai,tengok macam belang harimau jer, tu yang letak nama belang harimau tu..ehehe...

Kek ni seperti dah bagitahu sebelum ni memerlukan modal yang amat minimum sekali untuk sebiji kek, memandangkan hanya menggunakan marjerin sahaja tapi kek ni tetap lembut.. lepas tu hanya menggunakan bahan2 asas sahaja untuk membuat kek...sesuai sangat untuk mereka yang baru belajar nak buat kek dan kek ini juga sesuai untuk hidangan di majlis2 kenduri ke..minum petang ramai ke...

Dari bahan2 basic ini boleh dikurangkan dilebihkan ikut citarasa masing2 contohnya kurangkan gula,tapi letak susu untuk lebih moist dan lebih lemak.

Resepinya sama seperti kek marjerin marble sebelum ini...jika mahu dipublish di sini sila bagitahu yer sebab aku amat rajin sekarang ni kalo takde yg nak resepi tak perlu nak publish kan..heheeee...selagi tenet nih laju ler..

Perlu diingatkan,resepi ini asas dalam membuat kek..cubalah sekali yer! Kalau taknak buat satu adunan,buat setengah adunan pun dah cukup untuk sekeluarga

Bahan2(8 1/2" x 8 1/2"): *gelas yg digunakan-(200ml)
  • 330 marjerin
  • 290g gula pasir / 2 gelas
  • 6 biji telur
  • 310g tepung / 2 gelas setengah
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko + coklat emulco-(optional)
  • Pewarna Kuning-optional
Cara2:
  1. Panaskan pengukus.Pukul marjerin bersama gula pasir sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang
  2. Masukkan telur satu persatu..adalah penting untuk memukul sebati setiap kali telur ditambah sebelum memasukkan telur seterusnya
  3. Tambahkan esen vanilla atau esen pisang,pukul seketika
  4. Ayakkan tepung terus ke dalam adunan sambil dipukul sebati
  5. Adunan siap dan bahagikan kepada 2 bahagian.warnakan kuning dan satu lagi tambahkan serbuk koko dan coklat emulco.
  6. Masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang sudah di gris marjerin dan ditabur tepung
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
  8. Kukuslah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit/sehingga masak. Selamat mencuba!
Lagi satu,bagi yang tak tahu.. kalo nak tahu bagaimana membuat bentuk marble atau belang tu dibuat juga akan dipublish pada entri seterusnya esok..insyaallah... so,stay tuneeee...!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

K.Nor said... [Reply to comment]

uik... belang ghimau malaya ke ghimau jadian nih? cantik!!

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Punyalah cantik belangnya, nak makan pun takut sebab takut kek tu mengaum... hehehe...

HaSue said... [Reply to comment]

K.Nor >> ahahaa..harimo jadian pun boley kak..ghimo malaya terlepas dr zoo...terus mintak cop kulit dier kat kek tu..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

MamaFami >> kalo kek tu mengaum,yg makan pun kena laa mengaum skali tuh mama..hahaa

♥LOVE2COOK♥ said... [Reply to comment]

Hasue, nak kek...nak kek!!! Takde??? nak jugakkkk! pls do again...hehehe!...

Cubittttttt Eyana! ;)

ain said... [Reply to comment]

ye la sue...betul2 mcm belang rimau. Auummmmmm!!!!!

HomeKreation said... [Reply to comment]

Wah betul2 mcm rimau ni...hebat! Ala Sue ni jual mahal lak, letak ler cepat respi tu, bagus gak wat kek ekonomi ni. Jgn lupa cara2 wat belang tu ek... mmmmuah!

ima said... [Reply to comment]

mak aiii...takutnya bunyi,belang harimau..kalau makan tak jadi garang ke...hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

LOVE2COOK >> Love..bila lagi nak merasa kek buatan tgn love ni..hihi..nanti buatkan sebijik utk love n kids yaaa... ashika x ikut skali? ^_&

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ain >> hihiii...aummm grrrr :P

HaSue said... [Reply to comment]

HomeKreation/AlongRoz >> Bukan jual mhl tu along..tadi cari link x jumpe..hihi..nanti kite update yek..mmg ekonomi ler,untuk buat masa minum2 kenduri pun leh buat byk2..hehe..orait,esok akan entri cara membelang kek tuh..thanks 4 ur respon.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ima >> hahaha..ader2 jek kak ima nih..nih amik belang rimau jer kak..rimaunya x ikut skali..hihih

HomeKreation said... [Reply to comment]

Sue,
Along ingat nk cuba buat weekend ni tp tak sure lak sbb respi sikda engkah baking powder - mmg sikda kah Sue? Sori lah mun kamek tuk mganggu, harap kitak sihat & semua nya dah ok.

HomeKreation said... [Reply to comment]

Suuuuuue,
kek rimau along dah mengaum2... bukan aja kacak malah nyaman gilak kek ya, lembut! Puas hati kamek... maceh Sue, you are fabulous... love ya...mmmmuah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...