Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, January 15, 2011

Roti Gulung Sosej

Salam hujung minggu.
Dah hujung minggu pun yer.. cepat betul masa berlari.

Dari tengah hari semalam try upload gambar..agaknya tenet lembap sebab cuaca pun lembap ni kot. Ni pun masih terkedek2 jer tenet nih..huhu

Apapun nih sarapan semalam ye. Ingat nak buat minum petang sebelumnya tapi tak sempat pula. Jadi 'frozen'kan malam tu dan goreng di keesokan paginya.
Sedap dan rangup..

Senang nak makan kalau dipotong2 kepada empat bahagian.. Guna sosej yang sedia ada cheese tu pun sedap!

Resepi dikongsikan oleh Aziemas@myresipi.com .Mekasih kak azie yg chomel.. ;)
Jadi tanpa membuang masa lagi,yuk kita lihat resepinya.

Roti Gulung Sosej >> Aziemas@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

Yang nih aku buh kepingan keju sekali..memang best jer melting(mencair) gitu bila dipotong panas2..pergh.sah2 bersukaria dah lemak2 dalam badan nih sebab dah ada tempat menetap.

Bila dah potong kecik2 gini senang nak makan ramai2 dan berebut2..hehe.

Pada yang tak pernah jumpa dengan bread crumbs tu,boleh buat sendiri dengan membakar roti sehingga garing dan diramas sehingga hancur..

Ini laa rupa bread crumbs atau serbuk roti untuk menyalut roti gulung tu yer

Kali ni aku ikut tips dari kak Ganu kite..dengan menyapu telur tu menggunakan berus masakan agar roti lebih rangup dan sekata lagi salutannya..sebelum golek atas serbuk roti..mekasih Kak Nor atas tip nya yer. Nah amik seketul..eh,lupa dah abis.hee ;P

Sedia untuk digoreng atau masukkan dalam plastik dan di'frozen'kan dan boleh digoreng bila2 masa.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue.sedap tu mkn roti gulung sosej..akk pg tadi bf ngan roti goreng je..kalo ada sosej pun tak sempat nak gulung2 heheh..goreng gitu je...ada lagi tak yg frozen tuh..heheh lain kali buat lebih sikit ya,akk nak g bertamu kat situ hahah

Eliza said... [Reply to comment]

salam merdeka dik Hasue. lambat lak nak wish. Line tenet lebih lembab dari siput bab.

bestkan dah abis pantang..hehehee..

Mas said... [Reply to comment]

sue, roti sosej ni klu dapat kat ain ngan daniel, maunya habis sepinggan ...he..he...nmpk tak berminyak ...dan garing jer....

Aiydalela said... [Reply to comment]

nampak cam senang je resepi ni. boleh la kalau chef bertaraf amatur ni nak try. hehehhehe.

eh, tapinye tak makan sosej. huhuhuhu

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza:wkumsalam kak...tertangguh2 lak nk reply..aritu dh reply,komputer padam sendiri lak..huhu..anyway,mmg best kak..letak cheese tu lagi anak2 suka!meh laa dtg sini,bertamu lama2 tau..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

kak eliza:salam kak..maksih.hehe..mmg best jer kak..tak lama lagi leh laa belasah sumer mknn.hee..akak sihat ke?

HaSue said... [Reply to comment]

mas:ain ngan daniel ada mama yg suka masak kan?apa lagi..suh laa mama depa msk..hihi..mmg x bminyak sbb minyak kena panaskan betul2 pastu baru slow skit spy x cepat hangus

HaSue said... [Reply to comment]

Aiydalela:hoh?x makan sosej ek?ganti ngan nugget je bole kot..err,ke nugget pun x mkn?hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...