Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, January 26, 2011

Resepi Ubi Kayu Goreng Berempah

Sebenarnya tengah create post tadi,ada orang call..ntah camner terklik publish post lak...post x siap2 lg.haha...kelam kabut edit balik..hehe.tapi x kesah laa..gambar dah betul dah..kalo gambar lain kuar tadi mau panjang cerita.. ;P

Buat ni sebagai snek..lama dah nak mencuba ubi kayu goreng ni..kalau siapa2 pernah goreng ubi kayu rebus,cuba buh rempah2 simple gini haa..sedap sedap sedappp!

Resepi dari si pengembala kambing..dikongsikan kat myresipi..makcih Jiya..sedapppppppp sangat2..

Ubi Kayu Goreng Berempah >> 14sept@myresipi.com

Bahan-bahan ( - )

* Ubi kayu
* 5 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 3 sudu makan udang kering
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1/2 sudu kecil jintan manis
* 2 sudu kecil ketumbar
* 1 inchi kunyit hidup

Cara-cara

1. Ubi kayu direbus terlebih dahulu sehingga setengah empuk (jangan terlalu empuk nanti lembik ketika mengoreng).
2. Tos sehingga betul² kering.
3. Bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan, kunyit, udang kering dan garam ditumbuk sehingga lumat.
4. Kemudian gaulkan bahan yang ditumbuk tadi pada ubi kayu yang telah ditos tadi (gaul ketika suam agar rempah melekat pada ubi kayu)
5. Perap sekejab dan goreng hingga kekuningan.

Tapi aku tak letak pun udang kering...masih baru lepas2 pantang nih konon2 masih tak berani laa nak makan udang kan..tapi ubi kayu ok jer..haha..
Mana tahan tengok ubi kayu yg isinya putih melepak fresh sebab baru digali begitu sahaja kan..harus diperlakukan sesuatu..hee

Rebus pun guna pressure cooker sebab malas tunggu lama2..ahahaha..punya laaa bapak malas nak tunggu empuk kalau rebus biasa tuh..sibbaik x terlebih empuk...5 menit aja deh udah empuk.(kiraan masa selepas pressure berdesir)


P/s:Selera cenderung kepada kuih tradisional la pulak lepas pantang nih..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Sofea said... [Reply to comment]

salam Hasue..
akak pernah buat ubi kayu rebus pas tu goreng, x pernah letak rempah..pas ni leh try yg letak remapah2 pulak..mesti sedap kan? ;)

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue...tenet akk ni dari semlm xdak line, hari ok, tp tipon umah takleh guna lg nape tah. Selalu gini dah jadinya, upgrade ape tah.

Akk pun baru lps beli ubi kayu ni, ari ni beli 2 kg pulak, nk buat getuk nih. tgk ubi berempah gini cam sedap pulak.

Sama lh akk pun tekak kampung juga hehehe. eh udang dh leh mkn sue..akk ari tu ngam2 abis pantang terus mkn je. Cuma laksa kena lama sikit, takut sakit dlm perut, akk pun takut gak nk mkn laksa, kalo mee ok je hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Sofea
wkumslm...harus cuba nih kak.memang sedap dr dgoreng gitu jer..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
w'kumsalam kak..memang sakit jiwa raga oh dengan tenet 2,3 menjak nih lg...ingatkn area ni je kak..tgk kat fb ramai gak yg komplen tu.hehe..

ohh..sedap wat getuk kak..nanti x abis wat getul akak goreng laa gini.hehe...udang dh bleh mkn ek?ketam pun dh boleh laa kan..haha..tq kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...