Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, January 10, 2011

Apam Gula Melaka

Hari tu beli gula melaka. Beli jer,tak tahu nak buat apa. Dah beli sayang la pulak kalau tak guna. Satu hal la pulak nak fikir nak buat apa dengan gula melaka yang dibeli. ;P
Jadi selongkar dapur orang kat myResepi. Terberkenan laa nak cuba resepi kak ita nih..
Sebenarnya daku bukanlah penggemar tegar menu apam ni..dalam banyak2 apam pun selalu aku dapat telan seketui ja(sekali santap)..ok la,paling banyak mungkin 2..tapi belum pernah lagi rasanya. Kecuali apam pisang jer yang aku layan sikit..tekak aku ni rasanya terbawa2 dengan tekak roommate aku ler..mana yang dia suka kadang2 terbawa2 jugak suka,yang dia tak suka,boleh jadi kita pun tak suka. hehe..

Apam gula melaka ni pun pertama kali cuba buat. Simple. Sedap. Buat penggemar apam jenis ni harus cuba sendiri yer. Tak guna mixer pun.

Kak ita,mekasih yer sudi share resepi..pasni makan seketui lagik..seketul2 lama2 jadi berketul2 lemak kat badan ni bercambah.hihih..

Apam Gula Melaka [Rossitamz]

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

* 125gm gula pasir
* 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
* 150ml air
* 250 gm tepung gandum
* ½ sudu teh soda bikarbonat
* ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
* 1 biji telur
* 100 ml minyak masak

Cara-cara

1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Ramai yg dah cuba resepi ni,terbaru yang hantar report adalah mas n ijahdaut.leh selongkar dapur diorang yer.hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Komen Di Sini:

mekchu said... [Reply to comment]

alamak... perut dah lapar.. wat minum petang ngan kopi O best tu.. nom nom nom...

HaSue said... [Reply to comment]

mekchu:tu nak mintak seketui laa tuuu...hihih :P

K.Nor said... [Reply to comment]

sue, nak 3 ketul pls :)

izahdaut said... [Reply to comment]

weh sue, aku suka je apam,tapi mesti yang lembut gebu moist lagiii...mmm yang wangi..lagi..yang comel..lagi yang ada rasa masam2 yis..lagi..eh panjang pulak kan.tapi kalau jenis apam yg mcm kek tu aku kureng sikit.yg ni ko telan berapa ketui?kikiki

Mas said... [Reply to comment]

sue, terasa lagi kesedapan apam ni..nak 4 ketoi..he..he...

HaSue said... [Reply to comment]

k nor: dah abiss..akak lambatt..haha :P

Izah:tuh sumer ciri2 apam tu ada kat apam ni kan?heheee..aku suka je mana2 yg sedap..tapi xleh telan banyak skali duduk.lgpun apam aku buat x comel mane..nak adunan cepat abis..cepat siap!kekeke

mas:terasa lagi ek..nahh amik seketui..jgn bgtahu kak nor tau.hahaha

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue..minta 8 ketui nk wat minum ptg...sedap tuh

Cikmin said... [Reply to comment]

wah...dah mengganas ni ye sue...ada lebih ke?


p/s tengah tebayangakan camne lah rupa nasi ayam ponti tu... :P

wachak said... [Reply to comment]

salam sue.

comel lak papercup apam ni :)
dulu selalu tengok mak buat apam tepung beras tapi tak suka makan sebab ada letak ENO .. he33

err .. baru perasan. org lelaki x der yg masuk blog ni ker ... keh33

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...